2 September 2024, Isnin telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan THB Maintenance Sdn. Bhd.
majlis ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
THBM telah diwakili oleh Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar.
MoU UniMAP – THBM ini akan diisi dengan pelbagai program merentasi bidang terutama berkaitan Kejuruteraan Awam yang dijangka akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
sebelum majlis, turut diadakan secara simbolik penyerahan tajaan Hadiah Pelajaran THBM buat pelajar Tahun Akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum sempena Istiadat Konvokesyen UniMAP yang akan diadakan November ini.
Majlis Pertukaran MoU ini diadakan bersempena dengan Global Trends in Engineering, Science and Technology Congress (GTEST) 2024.
11082024 – di Langkawi YBhg. Datuk Haslina Abdul Hamid Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi ke lokasi #BerkalaPavemen Peruntukan Khas
Jalan Gunung Raya sek 1.00 YBhg Ketua Pegawai Eksekutif telah diberi taklimat berkenaan proses kerja mengecat garisan jalan yang dilaksanakan.
LANGKAWI: Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan yang akan dilaksana kontraktor kecil Bumiputera di seluruh negara pada tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM200 juta adalah bagi 336 kerja yang ditawarkan kepada kontraktor di Semenanjung dan bakinya untuk 122 kerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.
“Kerja penyenggaraan ini ditawarkan kepada kontraktor gred G1 hingga G4 menerusi cabutan undi, diharap ia dapat membuka ruang dan peluang kepada kontraktor terbabit untuk lebih maju ke hadapan.
26 Februari 2024, Isnin : Mesyuarat Pengurusan THBM Future Leader telah diadakan di Bilik Mesyuarat, THB Maintenance Sdn. Bhd, Ibu Pejabat, Alor Setar.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd. Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan.
Program THBM Future Leader ini diadakan untuk mencari bakat dalaman dikalangan warga THBM sebagai pemimpin masa depan demi kelangsungan organisasi.
11032024 – di Alor Setar ISO 9001 : 2015 Management Review Meeting 2024 mematuhi prosedur kualiti ditetapkan dipengerusikan oleh :- Ts.
Pengurus Besar #THBMHQ
10032024 – di Langkawi Lawatan Kerja YB Datuk Seri
Timbalan Menteri
di lokasi sering berlaku banjir di FT 118 J. Simpang Kenyum sek 5.00 Kuah, Langkawi YB TMKR telah diberi taklimat ringkas solusi keatas masalah tersebut
Pengurus Besar #THBMHQ
10032024 – di Langkawi Lawatan Kerja YB Datuk Seri
Timbalan Menteri
di lokasi sering berlaku banjir di FT 118 J. Simpang Kenyum sek 5.00 Kuah, Langkawi YB TMKR telah diberi taklimat ringkas solusi keatas masalah tersebut
Pengurus Besar #THBMHQ
12 Januari 2024, Jumaat:
kunjungan hormat keatas
YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya
oleh Pengurusan Tertinggi THBM diketuai oleh :-
YBhg Datuk Seri Hasnur Rabiain Ismail
Pengarah Urusan
THB Maintenance Sdn. Bhd.
turut sama hadir ialah :-
Tn. Hj. Mohd Fuzi Ibrahim
Business Advisor
Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi
Pengurus Besar
Dr. Azmir Datuk Seri Hasnur Rabiain
Pengurus Teknikal
antara intipati kunjungan ini ialah untuk menzahirkan ucapan Tahniah kepada YB atas perlantikan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang baru
juga secara tidak langsung meneruskan kelangsungan hubungan baik THBM dengan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya.
19 September 2023, Selasa : Bertempat di Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain Ismail, Pengarah Urusan THB Maintenance Sdn. Bhd. telah menyerahkan replika cek penajaan THBM sebagai ‘Diamond Sponsor’ kepada YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya semalam.
Penyerahan tersebut adalah simbolik peluncuran THBM sebagai salah satu penaja utama Malaysia Pavillion semasa WRC 2023 yang akan berlangsung pada 2 hingga 6 Oktober 2023 di Prague, Czeh Republic.
Penajaan tersebut juga adalah komitmen berterusan THBM kepada komuniti dan ekosistem industri pembinaan jalan raya tidak terhad di dalam negara malah menjangkau sehingga ke peringkat antarabangsa.
14 September 2023, Khamis bersamaan 28 Safar 1445 H: Bertempat di Menara Zakat Alor Setar, THB Maintenance Sdn. Bhd. telah selamat menyempurnakan penyerahan Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2022.
Tn. Hj. Mohd Fuzi bin Ibrahim, Business Advisor, telah mewakili THBM dalam menyerahkan replika cek bayaran Zakat Perniagaan 2022 kepada Mufti Negeri Kedah Darul Aman Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Haji Fadzil bin Haji Awang.
Diharapkan dengan penyerahan Zakat Perniagaan ini akan beroleh keredhaan Allah dan dapat memberi manfaat kepada golongan Asnaf di negeri Kedah.
13 September 2023, Rabu: Bertempat di Makmal Jalanraya dan Lalulintas Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang, satu bengkel telah diadakan dan dihadiri oleh staf THBM daripada Jabatan Operasi, Kejuruteraan dan QA serta wakil daripada JKR Daerah di Pulau Pinang.
Bengkel tersebut bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta berkenaan komponen paling signifikan dalam pembinaan jalan raya iaitu bitumen dengan menggunakan sepenuhnya peralatan sumbangan THBM.
Bengkel ini adalah sebahagian pengisian Memorandum Persefahaman THBM – UiTM, khususnya seiring dengan Teras 1 : “Pelajar dan Staf”.
Semoga bengkel teknikal ini memberi manfaat bersama.
26 Julai 2023, Rabu: THBM Pejabat Kawasan Langkawi pagi ini telah menerima kunjungan mesra Team Operasi Ibu Pejabat, Roadcare (M) Sdn. Bhd. Pengisian kunjungan ini adalah sesi Knowledge Sharing untuk bertukar-tukar pengalaman antara kedua-dua konsesi. Pengalaman yang dikongsi dalam sesi ini, merangkumi struktur organisasi, kerja-kerja rutin, aplikasi digunakan, serta cabaran semasa yang dihadapi oleh kedua-dua pihak. Turut hadir Pengurus Besar THBM, Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi, Pengurus Teknikal THBM, Dr. Azmir bin Datuk Seri Hasnur Rabiain, Pengurus Operasi Kanan, Ts. Mohd Azmir Bin Ismail, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Ts. Mohd Tarmizi bin Che Othman dan Eksekutif Teknikal THBM Pejabat Kawasan Langkawi.Moga dapatan dalam sesi ini akan dimanfaatkan untuk menambah baik perkhidmatan THBM dan juga RC sebagai Konsesi Jalan Persekutuan Zon Utara, Tengah dan Timur pada masa hadapan.
20 Julai 2023, Khamis: Hari ini telah berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara THB Maintenance Sdn. Bhd. dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang.
MoU ini adalah kesinambungan kepada MoU sediada yang telah ditandatangani 2021 dahulu, dan kini ia disambung untuk tempoh tiga (3) tahun lagi sehingga 2026. Mewakili THBM, Pengurus Besar THBM, Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi, dan diiringi oleh Pengurus Negeri THBM Pulau Pinang, Tc. Ahmad Ekbal bin Mat Abu, telah menyempurnakan pertukaran dokumen tersebut. Turut hadir Pengurus Jabatan Kejuruteraan Ts. Rihan Asraff bin Wahab, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Ts. Mohd Tarmizi bin Che Othman dan semua Eksekutif Teknikal THBM Pejabat Kawasan Kulim, Perai dan Balik Pulau. Moga MoU ini akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
16 Mei 2023, Selasa: Tinjauan Menteri
Kementerian Kerja Raya terhadap kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di Langkawi YB Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi melakukan tinjauan kondisi Jalan Persekutuan menjelang
LIMA 2023 demi memastikan jalan yang selamat, selesa dan terbaik
Lokasi 1 -FT 117 J. Kg. Padang Putih – Pantai Tengah turut bersama YBTM Kerja Raya Abdul Rahman Bin Mohamad dan Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool
14 Februari 2023, Selasa: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah melakukan lawatan ke THB Maintenance Sdn. Bhd., Ibu Pejabat, Alor Setar.
Delegasi CIDB telah disantuni oleh Pengurusan THBM diketuai oleh Pengurus Besar, Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi bersama Ketua-ketua Jabatan yang lain. Lawatan ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak. Delegasi CIDB telah diketuai oleh Pengarah Negeri Kedah, Pn. Siti Rafidah binti Baharom dan Pengarah Negeri Pulau Pinang Tn. Zahidi bin Hashim yang turut sama membawa pegawai utama masing-masing.
Manakala, CIDB Perlis telah diwakili oleh En. Mohd Faiz bin Salleh.
Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik THBM – CIDB yang telah terjalin sejak sekian lama.
15 Januari 2023, Ahad: Hari ini, para pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke THB Maintenance Sdn. Bhd., Ibu Pejabat Alor Setar. Lawatan ini telah disantuni oleh Pengurusan THBM diketuai oleh Ts. Mohd Azmir Ismail, Pengurus Kanan Jabatan Operasi THBM. Lawatan ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian pengalaman kerjaya oleh Ketua-ketua Jabatan yang hadir, serta sesi soal jawab oleh para pelajar. Turut bersama menyantuni lawatan ini ialah Ketua-ketua Jabatan THBM serta warga THBM yang terdiri daripada Alumni UiTM. Moga lawatan ini memberi manfaat kepada para pelajar tersebut dalam meneruskan pengajian seterusnya mencorak kerjaya mereka pada masa hadapan.
15 Disember 2022, Khamis: Bertempat di Perkarangan Bahagian Senggara Jalan (JKR Perlis), THB Maintenance Sdn Bhd telah membuka mini reruai (booth) di Pameran Hari Terbuka JKR Negeri Perlis sempena Hari Profesion Teknikal Negara 2022. Pameran ini telah dirasmikan oleh Exco Kemudahan dan Prasarana YB Izizam bin Ibrahim, diiringi Pengarah JKR Negeri Perlis, Tn Ir Mohd Shahril bin Mohd Said. Kunjungan ke atas mini reruai THBM telah disantuni oleh Pengurus Jabatan Operasi THBM, Ts. Mohd Azmir bin Ismail dan En. Mohd Rahman Nor, Pengurus Operasi Negeri Perlis. Turut serta Ketua Komunikasi Korporat THB Maintenance Sdn Bhd, En. Mohd Tarmizi bin Che Othman.
22 Nov 2022, Selasa: Telah berlangsung program ini di UiTM Cawangan Pulau Pinang. THBM telah menghantar penyertaan seramai tujuh belas (17) orang staf terdiri daripada tujuh (7) orang daripada Engineering Dept, lapan (8) orang Operation Dept dan dua (2) orang QA Dept. ini antara pengisian berterusan MoU THBM – UiTM menjadi hasrat Pengurusan untuk melihat setiap warga THBM meningkatkan ilmu pengetahuan mereka melalui program begini, untuk diterapkan ketika menjalankan tugas hakiki masing-masing Malah program begini akan diteruskan lagi pada masa akan datang tidak terhad dengan UiTM sahaja, malah IPT lain juga – Insya Allah.
19 Oktober 2022, Rabu: Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Wan Sulaiman telah melakukan Lawatan Kerja ke salah satu lokasi kerja Berkala Pavemen Fasa 3 2022 Pakej Cabutan Undi di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.YBhg Dato’ Wira telah disantuni dan diberi taklimat perkembangan kerja tersebut oleh Pengurus Besar THB Maintenance Sdn Bhd Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi. Turut hadir dalam lawatan kerja ini Pengarah JKR Pulau Pinang YBRS. Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid serta Pasukan Pengurusan THBM dan THBM Pejabat Kawasan Pulau Pinang. Lawatan kerja ini adalah sebahagian program YBhg Dato’ Wira di negeri Pulau Pinang.
14 Oktober 2022, Jumaat: Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Wan Sulaiman telah melakukan Lawatan Kerja ke salah satu lokasi kerja Berkala Pavemen Fasa 3 2022 Pakej Cabutan Undi di Beseri, Perlis. YBhg Dato’ Wira telah diberi taklimat perkembangan kerja tersebut oleh Pengurus Besar THB Maintenance Sdn Bhd Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi. Turut hadir dalam lawatan kerja ini Pengarah JKR Perlis Tuan Ir Mohd Shahril bin Mohd Said, Jututera Awam Kanan Jalan Ir Muhammad Jasni bin Othman serta Pasukan Pengurusan THBM dan THBM Pejabat Kawasan Kangar. Lawatan kerja ini adalah sebahagian program YBhg Dato’ Wira di negeri Perlis.
26 September 2022, Isnin: Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tn Mohd Nazri bin Haji Zakaria telah melakukan Kunjung Hormat ke THB Maintenance Sdn Bhd. Rombongan ABM Wilayah Utara telah disambut dan disantuni oleh Pengurusan THBM yang diketuai oleh Pengurus Besar Tuan Mohd Firdaus Ahmad Termizi. Sesi perbincangan dua hala telah diadakan di antara kedua-dua pihak.Turut hadir serta Pengurusan ABM Wilayah Utara, manakala bagi pihak THBM, Pengurus Jabatan Operasi Ts. Mohd Azmir bin Ismail, Ketua Jabatan Kontrak En. Izzat bin Abdul Rahim, Ketua Jabatan Kejuruteraan En. Rihan Asraff bin Wahab dan Ketua Jabatan Komunikasi En. Mohd Tarmizi bin Che Othman. Semoga Kunjung Hormat ini dapat mengeratkan hubungan antara THBM dan ABM Wilayah Utara dalam merangka kerjasama serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
7 September 2022, Rabu: Bertempat di Menara Zakat Alor Setar telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama Syarikat Korporat. Pengurus Besar, THB Maintenance Sdn. Bhd., Tuan Mohd Firdaus Ahmad Termizi telah menyerahkan replika cek bayaran Zakat Perniagaan 2021 THBM kepada Mufti Negeri Kedah Darul Aman SS Dato’ Paduka Hj Fadzil Hj Awang. Diharapkan dengan Zakat Perniagaan tersebut dapat membantu dan memberi manfaat kepada golongan Asnaf di negeri Kedah.
4 Jun 2022, Sabtu: Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan delegasi telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Sebahagian Jalan Persekutuan FT115 Jalan iaitu Jalan Kuala Teriang – Pantai Tengah, Pulau Langkawi kepada Kerajaan Negeri Kedah. Laluan sepanjang 9.26 kilometer merupakan Jalan Kuala Teriang ke Pantai Tengah, Pulau Langkawi sebagai penghubung kepada Jalan Persekutuan FT115. Manakala, seksyen yang terlibat adalah sepanjang 1.852 kilometer yang melibatkan jalan dari Hotel Casa Del Mar (selepas persimpangan Jalan Bohor Tempoyak) sehingga ke persimpangan Jalan Pantai Tengah untuk pembatalan warta tersebut. Turut hadir bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya ialah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Exco Kerja Raya Kedah, YB Datuk Suraya Yaacob, wakil Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Tn Muhammad Yusri Abdul Hamid, Pegawai Daerah Langkawi, Dato Abdul Gafar bin Yahya, wakil daripada KKR, JKR serta THB Maintenance Sdn Bhd. THBM telah diwakili oleh Pengarah Urusan THB Datuk Seri Hasnur Rabiain Ismail dan Pengurus Besar THBM, Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi.
1 April 2022, Sabtu: Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Bil 1/2022 telah diadakan di Georgetown, Pulau Pinang awal hari ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KSU KKR), YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman. Usai mesyuarat tersebut berlangsung, satu majlis ringkas penyampaian sijil penarafan lima bintang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk KSU KKR kepada Pengurus Besar THBM, Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi. Untuk makluman, THB Maintenance Sdn. Bhd. telah dianugerahkan Penarafan Bintang (Star Rating) Lima Bintang untuk tahun operasi 2021 oleh JKR Malaysia. Terima kasih dan tahniah buat seluruh Pengurusan dan warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. serta pihak-pihak yang berkaitan atas pencapaian yang telah diperoleh.
19 Mac 2022, Sabtu: Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof dan delegasi telah meninjau lokasi kerja-kerja penyenggaraan pasca banjir ke atas Jalan Persekutuan serta cerun di FT 252 Jalan Gunung Jerai, Yan, Kedah menerusi Program FTRoadPedia Utara 2.0 anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) 2022. Jelajah FTRoadPedia Utara 2.0 pada hari ini memfokuskan kepada tinjauan kemajuan kerja-kerja pembaikan ke atas Jalan Persekutuan serta cerun yang telah terjejas ekoran bencana kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021 yang lalu, yang telah menjejaskan kira-kira 1,000 penduduk di kaki Gunung Jerai terutama di Yan, Gurun dan Merbok di Kuala Muda. Turut hadir bersama YB Menteri Kanan Kerja Raya ialah, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, YBhg. Haji Ir. Ibrahim Bin Ahmad, wakil daripada KKR, JKR, Rakan KKR serta syarikat konsesi THB Maintenance Sdn Bhd (THBM) dan Pintas Utama Sdn Bhd. Manakala, THBM telah diwakili oleh Pengurus Besar THBM, Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi.
21 Februari 2022, Isnin : Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman telah melakukan Lawatan Kerja ke Laluan Persekutuan FT 004 Jalan Lunas – Kupang – Grik. Persekutuan FT 004 di jajaran Negeri Kedah Darul Aman ini terletak di dua daerah iaitu Kulim dan Baling sejauh 63.00 km, serta disenggara sepenuhnya oleh THB Maintenance Sdn. Bhd. Jajaran ini bermula di seksyen 21.00 bersempadan dengan Butterworth-Kulim Expressway (BKE) di daerah Kulim dan berakhir seksyen 84.00 di sempadan Kedah dan Perak di daerah Baling. Pada lawatan tersebut, pelbagai perkara berkaitan laluan ini telah dibincangkan bersama khususnya cadangan kerja-kerja pembaikan di bawah skop Berkala Pavemen dan juga Berkala Bukan Pavemen. Mengiringi KSU sepanjang lawatan ini ialah para pegawai daripada Kementerian Kerja Raya dan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Tn. Hj. Ibrahim Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Kedah serta Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu dan Baling. Turut hadir, Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd., Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi serta Jabatan Operasi dan Kejuruteraan THBM. Lawatan ini berakhir sekitar tengahari, dan seterusnya rombongan YBhg. KSU meneruskan lawatan di Laluan Persekutuan FT 004 jajaran Negeri Perak Darul Ridzuan.
15 Februari 2022, Khamis: Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd., Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi telah melakukan kunjungan hormat yang pertama ke atas Tn. Jurutera Daerah JKR Langkawi, Ir. Ts. Khairul Azlan Abdullah. Dalam sesi pertemuan tersebut, pelbagai perkara berbangkit berkaitan THBM secara umum, dan THBM Kedah dibentang dan dibincangkan secara khusus. Turut sama hadir Pengurus Jabatan Operasi THBM, Ts. Mohd Azmir Bin Ismail serta kakitangan THBM Pejabat Kawasan Langkawi.
Video berikut memaparkan sesi hamparan percubaan (trial lay) bagi kerja Berkala Pavemen, Jalan VHF Gunung Jerai menggunakan bahan ‘ferro fibre concrete’ pada September 2021. Turut disertakan bingkisan lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman dan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman ke Jalan VHF, Puncak Gunung Jerai pada 16 Januari 2022 yang lalu.
16 Januari 2022, Ahad: Telah berlangsung satu lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman dan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman ke Jalan VHF, Puncak Gunung Jerai. Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi meninjau lokasi kerja berkala pavemen ferro fibre concrete yang telah siap dibina pada awal Januari 2022 yang lalu.
14 Disember 2021, Selasa: YBhg Datuk Seri Hasnur Rabiain Ismail, Pengarah Urusan THB Maintenance Sdn Bhd yang juga merupakan Naib Presiden REAM menerima kunjungan hormat delegasi Association of Road Builder Kyrgyz Republic.
Majlis telah disempurnakan oleh – Ketua Setiausaha Negara (KSN) YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali YBhg. Datuk Seri Hasnur Rabiain Ismail, Pengarah Urusan, THB Maintenance Sdn. Bhd. telah hadir mewakili THBM yang merupakan Rakan Strategik Premium bagi sambutan HPTN pada tahun ini.Sijil Penghargaan Rakan Strategik Premium turut disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali kepada YBhg. Datuk Seri Hasnur Rabiain Ismail semasa majlis berlangsung tadi.Turut hadir ke majlis ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Sulaiman.Manakala, turut hadir daripada pihak THBM ialah Tn. Hj. Mohd Fuzi Ibrahim serta Pengurus Besar dan Pengurus Teknikal THBM.Untuk makluman, penajaan THBM untuk HPTN 2021 merupakan kelangsungan kerjasama yang telah diberikan oleh THBM kepada penganjur acara ini, sejak bermulanya HPTN pada tahun 2018 yang lalu.
6 November 2021, Sabtu: Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman telah melawat ke lokasi banjir di FT 175 Jalan Gurun – Kepala Batas sek 142.60 daerah Pokok Sena. Lokasi banjir ini yang berlaku pada 30 Oktober 2021, Sabtu yang lalu adalah berhadapan dengan pejabat JKR Daerah Pokok Sena. Semasa lawatan Datuk TKSU telah diberi penerangan berkaitan kejadian tersebut, serta langkah penyelesaian jangka panjang untuk mengelakkan perkara sama berulang pada masa hadapan. Turut hadir, Jurutera Awam Penguasa Jalan, JKR Kedah, wakil Pejabat Jurutera Daerah Padang Terap/Pokok Sena, wakil Pegawai Daerah Pokok Sena dan Team Operasi THBM Pejabat Kawasan Alor Setar diketuai Pengurus Negeri Kedah.
1 November 2021, Isnin: Majlis Apresiasi bersempena Program Prihatin Jalinan Kasih 2 dan Program Kebajikan bersama PUSPANITA KKR telah berlangsung Isnin lalu THB Maintenance Sdn. Bhd., Ibu Pejabat Alor Setar YBhg. Datin Salina Binti Bakri selaku Pengerusi PUSPANITA Kementerian Kerja Raya dan delegasi telah disantuni oleh Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd., Tn. Mohd Firdaus Bin Ahmad Termizi serta Pengurusan Tertinggi lainnya. Majlis Apresiasi ini diadakan bertujuan untuk merai kerjasama antara PUSPANITA KKR dan THBM selaku Rakan Prihatin KKR, serta agensi lain antaranya PUSPANITA Kedah, JKR Negeri Kedah, CIDB Negeri Kedah dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara atas kejayaan pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah dilaksanakan tahun ini. THB Maintenance Sdn. Bhd. mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datin Salina Binti Bakri serta delegasi PUSPANITA KKR, PUSPANITA Kedah, Pengarah JKR Kedah, Pengurus CIDB Kedah dan Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara kerana sudi meluangkan masa ke Ibu Pejabat THBM, memeriahkan majlis ini.
Hari ini telah berlangsung sesi Lawatan Teknikal Team Operasi ke Pejabat Operasi JKSB, pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, Batu Kawan.
Dalam sesi yang berlangsung hampir tiga (3) jam tadi, delegasi THBM telah diberi taklimat perjalanan operasi senggara JSAMS oleh Timbalan Pengurus Besar JKSB, Tn Hussin Mohammad.
Sesi juga diikuti dengan perbincangan dua hala serta bertukar-tukar pandangan juga pengalaman berkaitan skop tugas masing-masing.
Pengurus Kanan Operasi, Ts Azmir Ismail telah mengetuai delegasi Team Operasi THBM.
Usai lawatan delegasi di bawa ke Pusat Kawalan Operasi dan Galeri JSAHMS.