Corporate Social Responsibility 2025

Playlist

15 Videos

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐“๐‡๐๐Œ '๐’๐ก๐จ๐ฉ๐ฉ๐ข๐ง๐  ๐’๐ฉ๐ซ๐ž๐ž' ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani pada hari ini 14 Mac 2026, Sabtu telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM ‘Shopping Spree’ Aidilfitri 2026 di Mydin Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Para penerima manfaat yang terdiri daripada anak-anak yatim Pertubuhan Anak Yatim Az Zahra, Sungai Petani, Kedah Darul Aman dengan dibantu oleh sukarelawan daripada THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani, telah dibelikan pakaian raya pelbagai jenis, warna dan tema bagi meraikan hasrat dan keinginan mereka untuk tampil cantik dan bergaya pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Di akhir program, anak-anak yatim ini ditambahkan lagi riak rasa keceriaan mereka dengan sumbangan duit raya oleh THBM.
THBM juga ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih buat pengiring yang telah membawa anak-anak yatim ini bagi menyempurnakan hasrat THBM berkongsi sedikit rezeki dengan komuniti di bulan Ramadan menjelang Shawal, melalui program seperti ini.
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ, ๐’๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ข ๐๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ซ๐ž๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐˜๐“๐Œ ๐‘๐š๐ฃ๐š ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ

THB Maintenance Sdn. Bhd. pada 14 Mac 2026, Sabtu malam, telah menyertai Program Sumbangan Asnaf, Sembang Santai dan Moreh bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Program Sumbangan Asnaf ini telah diadakan di Pusat Jagaan Teratak Rahmah, Persatuan Al-Islah Perlis, dengan tujuan menyantuni melalui penyerahan sumbangan kepada anak-anak pusat jagaan yang terletak di Mata Ayer, Perlis ini.
Moga sumbangan tersebut dapat menceriakan anak-anak ini menjelang Shawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Program diteruskan lagi dengan sesi Sembang Santai dan Moreh bersama DYTM Raja Muda Perlis bersama para tetamu lain di sebuah restoran makanan segera di Arau, Bandar Diraja.
En. Izzat bin Abdul Rahim, Pengurus Kanan Jabatan Kontrak dan Tc. Mohd Rahman bin Nor, Pengurus Negeri THBM Perlis telah hadir mewakili THBM dalam program ini.
THBM ingin menzahirkan ucapan Menjunjung Kasih ke hadapan DYTM Raja Muda Perlis kerana telah berkenan untuk menyempurnakan program ini.
THBM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perlis yang tidak pernah lupa untuk menjemput kami berkolaborasi dalam program seperti ini, seterusnya menepati jenama Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami, THBWeCare.
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐“๐‡๐๐Œ '๐’๐ก๐จ๐ฉ๐ฉ๐ข๐ง๐  ๐’๐ฉ๐ซ๐ž๐ž' ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani pada hari ini 14 Mac 2026, Sabtu telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM ‘Shopping Spree’ Aidilfitri 2026 di Mydin Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Para penerima manfaat yang terdiri daripada anak-anak yatim Pertubuhan Anak Yatim Az Zahra, Sungai Petani, Kedah Darul Aman dengan dibantu oleh sukarelawan daripada THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani, telah dibelikan pakaian raya pelbagai jenis, warna dan tema bagi meraikan hasrat dan keinginan mereka untuk tampil cantik dan bergaya pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Di akhir program, anak-anak yatim ini ditambahkan lagi riak rasa keceriaan mereka dengan sumbangan duit raya oleh THBM.
THBM juga ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih buat pengiring yang telah membawa anak-anak yatim ini bagi menyempurnakan hasrat THBM berkongsi sedikit rezeki dengan komuniti di bulan Ramadan menjelang Shawal, melalui program seperti ini.
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ - ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐Ÿ—.๐ŸŽ

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Pejabat Kawasan Kulim-Perai pada 12 Mac 2026, Khamis bersamaan 22 Ramadan 1447H yang lalu, telah menghadiri Program Kami Prihatin 9.0 anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, bertempat di Masjid Papan, Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Melalui program ini, THBM berbesar hati menjadi Rakan Strategik buat sekelian kalinya, dan telah menyediakan dua ratus (200) set Bakul Makanan THBM untuk diagihkan kepada penerima manfaat yang ditentukan sendiri oleh penganjur program yang telah memasuki tahun kesepuluh ini.
Bakul Makanan THBM tersebut diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para penerimanya, dalam melakukan persiapan menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Tc. Ahmad Ekbal bin Mat Abu, Pengurus Negeri THBM mewakili Pengurus Besar THBM telah mengetuai delegasi THBM Pejabat Kawasan Kulim-Perai hadir menyempurnakan program ini.
YBrs. Prof. Madya Dr. Kay Dora binti Abdul Ghani, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat mewakili Dato’ Prof. Rektor, telah merasmikan program yang diadakan serentak dengan Program Hadiah Ramadan (Hadrah) 10.0.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang yang tidak pernah lupa untuk menjemput kami berkolaborasi dalam program seperti ini, seterusnya menepati jenama Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami, THBWeCare.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง ๐’๐จ๐ช

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi dan THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar pada Ramadan tahun ini sekali lagi melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare, Santun Soq.
Soq adalah istilah dalam dialek utara yang merujuk kepada sahur, maka program ini adalah menyantuni mereka yang bertugas kala dinihari dengan pek makanan untuk bersahur.
Dilaksanakan berselang hari iaitu pada awal pagi 13 Mac 2026, Jumaat dan 14 Mac 2026, Sabtu, kedua-dua lokaliti telah berkunjung ke premis antaranya balai polis dan bomba, hospital dan klinik serta premis lain yang menempatkan mereka yang bertugas memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada waktu sahur tersebut.
Melalui program ini, selain daripada berkongsi sedikit rezeki dengan para penerima, ia juga salah satu cara THBM menyantuni dan menghargai anggota perkhidmatan awam yang sedang bertugas berkhidmat kepada masyarakat di luar sana, pada ketika yang lain sedang bersahur bersama keluarga.
THBM juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada warga kerja daripada kedua-dua lokaliti berkenaan yang telah menyempurnakan program tahunan ini.
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
ย 

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐“๐‡๐๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐ฌ๐จ๐ก

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar pada hari ini 6 Mac 2026, Jumaat, meneruskan lagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare di bulan Ramadan ini dengan menyantuni keluarga asnaf di Kampung Tasoh, Padang Besar, Perlis.
Melalui program ini, THBM telah menyerahkan pek Bakul Makanan kepada lima puluh (50) penerima daripada kalangan keluarga asnaf yang telah dikenalpasti di kampung ini, dengan bantuan pemimpin masyarakat tempatan.
Tc. Mohd Rahman bin Nor, Pengurus Negeri THBM Perlis telah mengetuai delegasi THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar menyempurnakan program ini.
Kampung Tasoh yang terletak di utara negeri ini, mempunyai sekitar 100 buah rumah, dengan majoriti penduduknya adalah bekerja sendiri dan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman padi, getah serta signatur Perlis, harumanis.
Pada November 2025, kampung ini merupakan antara lokasi yang terjejas teruk ketika banjir besar melanda negeri ini, berikutan ia terletak di lembangan Tasik Timah Tasoh, tasik buatan yang dibina sekitar awal 90-an sebagai sumber air utama untuk menampung pelbagai keperluan di negeri ini.
Pemberian Bakul Makanan THBM ini yang mengandungi pelbagai keperluan makanan asas harian diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup harian kepada keluarga asnaf yang menerimanya, terutamanya di bulan Ramadan yang mulia ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan Media : Facebook

ย 

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐“๐‡๐๐Œ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐€๐ฌ๐ง๐š๐Ÿ ๐Œ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ ๐’๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐ 

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Kulim pada 4 Mac 2026, Rabu yang lalu, meneruskan lagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare di bulan Ramadan ini dengan menyantuni keluarga asnaf Mukim Serdang, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Melalui program ini, THBM telah menyerahkan pek Bakul Makanan kepada penerima daripada kalangan keluarga asnaf yang telah dikenalpasti berada di mukim ini, dengan bantuan pemimpin masyarakat tempatan.
Ts. Abdul Hadi bin Aridzuan, Penyelia Kanan telah mengetuai delegasi THBM Kedah Pejabat Kawasan Kulim menyempurnakan program ini.
Pemberian Bakul Makanan THBM ini yang mengandungi pelbagai keperluan makanan asas harian diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup harian kepada keluarga asnaf yang menerimanya, terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan Media : Youtube

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐“๐‡๐๐Œ '๐’๐ก๐จ๐ฉ๐ฉ๐ข๐ง๐  ๐’๐ฉ๐ซ๐ž๐ž' ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Pejabat Pengurus Besar pada hari ini 5 Mac 2026, Khamis telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM ‘Shopping Spree’ Aidilfitri 2026 di Pusat Membeli Belah Star Parade, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Melalui program ini, THBM telah menyantuni penerima manfaat seramai lima puluh (50) orang murid-murid golongan asnaf dari empat (4) buah sekolah terpilih iaitu :-
1. Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar
2. Sekolah Kebangsaan Telaga Mas, Pokok Sena
3. Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah, Kuala Nerang
4. Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Sungai Daun, Yan
Para penerima manfaat dengan dibantu oleh sukarelawan THBM, telah dibelikan pakaian raya pelbagai jenis, warna dan tema bagi meraikan hasrat dan keinginan mereka untuk tampil cantik dan bergaya pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Ketua-ketua Jabatan Akaun dan Kewangan, Pentadbiran, MIS dan Pengurus Negeri THBM Kedah bersama staf daripada jabatan masing-masing termasuk Jabatan Kontrak, Sumber Manusia, Komunikasi Korporat dan Pengurusan Kualiti telah memikul tanggungjawab sebagai sukarelawan demi menyantuni murid-murid, para penerima manfaat ini.
Di akhir program, murid-murid ini ditambahkan lagi riak rasa keceriaan mereka dengan sumbangan duit raya oleh THBM.
THBM juga ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih buat semua guru pengiring yang telah membawa murid masing-masing bagi menyempurnakan hasrat THBM berkongsi sedikit rezeki dengan komuniti di bulan Ramadan menjelang Shawal, melalui program seperti ini.
Program yang sama turut telah diadakan di Langkawi dengan dikelolakan oleh THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi pada 25 Februari 2026 yang lalu dengan menyantuni penerima manfaat kategori sama daripada Sekolah Kebangsaan Seri Negeri, Kuah.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar

Pautan Media :ย Facebook

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐œ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐‹๐จ๐ญ ๐๐š๐ซ๐ค๐ข๐ซ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐™๐š๐ก๐ข๐ซ

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Alor Setar sebelum Ramadan 1447H bermula, telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare mengecat semula lot parkir dalam kawasan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Lot parkir tersebut yang terletak di belakang Kompleks Masjid Zahir merupakan antara kemudahan yang disediakan untuk mereka yang berkunjung ke masjid ini untuk melakukan ibadat terutama pada bulan Ramadan ini atau sekadar melakukan kunjungan sosial berikutan masjid ini adalah antara masjid terkenal di negeri Kedah.
Masjid Zahir atau dikenali juga sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Mula dibina pada 22 Rabiul Awal 1330H bersamaan 11 Mac 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah.
Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821.
Majlis perasmiannya telah diadakan pada hari 6 Zulhijjah 1333H bersamaan 15 Oktober 1915, Jumaat oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Balai Besar dan Istana Pelamin yang terletak di Medan Bandar, di tengah Bandaraya Alor Setar ini.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Masjid Zahir kerana sudi melibatkan Team THBM Kedah Pejabat Kawasan Alor Setar dalam program ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐“๐‡๐๐Œ ๐ฑ ๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐”๐ฅ๐ฎ ๐‹๐ž๐ ๐จ๐ง๐ , ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐ง

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani dengan kerjasama PERKIM Kedah melalui PERKIM Baling pada hari ini 15 Februari 2026, Ahad telah menyantuni Orang Asli di Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah Darul Aman.
Melalui program ini, THBM telah menyantuni lapan puluh lima (85) keluarga muslim Orang Asli daripada suku kaum Kensiu, melalui serahan sumbangan bakul makanan THBM yang diharap dapat dimanfaatkan sepanjang bulan Ramadan 1447H nanti.
Orang Asli suku kaum Kensiu merupakan satu-satunya komuniti orang Asli di negeri Kedah Darul Aman, yang bersusur galur dari rumpun Negrito, yang tinggal di sini sejak sekian lama.
Ts. Muhamad Azhar bin Azizan, Eksekutif Teknikal telah mengetuai delegasi THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani, yang turut disertai oleh wakil THBM Ibu Pejabat daripada Jabatan Pentadbiran, Jaminan Kualiti dan Komunikasi Korporat hadir ke program ini.
Program Bakul Makanan THBM ini adalah permulaan kepada program sama yang akan menyantuni asnaf daripada pelbagai latar belakang komuniti sepanjang Ramadan tahun ini, seterusnya mengekalkan jenama Program Tanggungjawab Sosial Korporat THBM iaitu #THBWeCare.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh PERKIM Kedah dan juga PERKIM Baling serta Kuala Muda hingga membolehkan program ini berjaya disempurnakan.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ซ๐š-๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐“๐‡๐ ๐Œ๐š๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ง๐š๐ง๐œ๐ž ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐.

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Pentadbiran pada hari ini, 29 Januari 2026, Khamis telah menganjurkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan 1447H bertempat di Bilik Mesyuarat, THBM Ibu Pejabat, Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Program ini antara lain bertujuan untuk membantu Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mendapatkan stok bekalan darah sebagai persiapan memenuhi keperluan sepanjang bulan Ramadan 1447H yang bakal tiba tidak lama lagi.
Program ini telah menerima kehadiran penderma daripada kalangan warga kerja THBM sendiri serta masyarakat awam yang bekerja atau tinggal berhampiran.
Kempen Derma Darah Pra-Ramadan 1447H ini turut disokong oleh Persatuan Bekas Pelajar MRSM Se-Malaysia (ANSARA) dan Malaysian Relief Agency (MRA), yang juga antara Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THBM di bawah jenama #THBWeCare
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke program ini kerana telah sudi menjadi penderma darah, yang nescaya akan membawa makna yang cukup besar kepada bakal penerimanya kelak.
‘Satu Beg Darah Mampu Selamatkan Tiga Nyawa’
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง '๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž ๐“๐š๐›๐ฅ๐ž ๐๐จ๐จ๐ค' ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข, ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐ง

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi pada 26 Januari 2026, Isnin telah menyerahkan sumbangan ‘Coffee Table Book’ bertajuk ‘Kenali Negara-negara Di Dunia’ buat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Terpilih di daerah Langkawi, Kedah Darul Aman.
Memilih untuk membuat sedikit kelainan, lokaliti ini telah menyantuni Sekolah Kebangsaan terpilih yang terletak di Laluan Persekutuan di pulau peranginan terkenal negara ini.
Di antara sekolah-sekolah yang telah terpilih menerima sumbangan yang dilaksanakan secara ‘hit, drop and go’ ini ialah :-
Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka
FT 112 Jalan Simpang Yooi – Padang Lalang
seksyen 3.40
Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat
FT 114 Jalan Simpang Padang Matsirat – Kuala Teriang
seksyen 0.40
Sekolah Kebangsaan Nyior Cabang
FT 151 Jalan Bukit Kemboja – Nyior Cabang – Lubuk Setui
seksyen 1.90
Sekolah Kebangsaan Kedawang
FT 116 Jalan Chandik Kura Kedawang
seksyen 2.90
Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu
FT 152 Jalan Padang Gaong
seksyen 0.90
THBM percaya sumbangan ini adalah antara usaha kecil untuk menggalakkan murid-murid di peringkat Sekolah Kebangsaan untuk kembali membaca buku fizikal, sebagai medium utama dalam memperkasa ilmu pengetahuan dikalangan mereka.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง '๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž ๐“๐š๐›๐ฅ๐ž ๐๐จ๐จ๐ค' ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ

ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar pada 20 – 21 Januari 2026, Selasa – Rabu yang lalu telah menyerahkan sumbangan ‘Coffee Table Book’ bertajuk ‘Kenali Negara-negara Di Dunia’ buat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Terpilih Perlis.
Di antara sekolah-sekolah yang telah terpilih menerima sumbangan yang dilaksanakan secara ‘hit, drop and go’ ini ialah :-
๐Š๐š๐ง๐ ๐š๐ซ
– Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Ahmad
– Sekolah Kebangsaan Kampong Salang
– Sekolah Kebangsaan Santan
– Sekolah Kebangsaan Sena
– Sekolah Kebangsaan Seri Perlis
๐€๐ซ๐š๐ฎ
– Sekolah Kebangsaan Arau
– Sekolah Kebangsaan Chuping
– Sekolah Kebangsaan Jawi
– Sekolah Kebangsaan Oran
– Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah
๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ
– Sekolah Kebangsaan Beseri
– Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh
– Sekolah Kebangsaan Padang Besar
– Sekolah Kebangsaan Paya
– Sekolah Kebangsaan Rimba Mas
THBM percaya sumbangan ini adalah antara usaha kecil untuk menggalakkan murid-murid di peringkat Sekolah Kebangsaan untuk kembali membaca buku fizikal, sebagai medium utama dalam memperkasa ilmu pengetahuan dikalangan mereka.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง '๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž ๐“๐š๐›๐ฅ๐ž ๐๐จ๐จ๐ค' ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐”๐๐š ๐€๐ฅ๐จ๐ซ ๐’๐ž๐ญ๐š๐ซ, ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐ง

THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini, 15 Januari 2026, Khamis telah menyerahkan sumbangan ‘Coffee Table Book’ bertajuk ‘Kenali Negara-negara Di Dunia’ buat Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Uda (SKTU)
SKTU adalah antara Sekolah Kebangsaan terpilih di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menerima sumbangan buku daripada THBM ini.
YBrs. En. Ahmad Zuber Tajuddin, Guru Besar SKTU telah menerima sumbangan buku tersebut daripada Ts. Mohd Tarmizi bin Che Othman, Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat mewakili Pengurus Besar THBM, pada akhir perhimpunan pagi SKTU awal hari ini.
THBM percaya sumbangan ini adalah antara usaha kecil untuk menggalakkan murid-murid di peringkat Sekolah Kebangsaan untuk kembali membaca buku fizikal, sebagai medium utama dalam memperkasa ilmu pengetahuan dikalangan mereka.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐๐š๐œ๐ค ๐ญ๐จ ๐’๐œ๐ก๐จ๐จ๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 6 Januari 2026, Selasa telah memulakan serahan sumbangan beg sekolah kepada penerima daripada kalangan murid-murid sekolah kebangsaan dan sekolah menengah dalam kategori asnaf.
Lokasi pertama sumbangan ini diagihkan adalah di Kampung Seberang Alor, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman yang melibatkan seramai sekitar lima (50) puluh orang penerima, dan akan diteruskan ke lokasi lain pula sebelum sesi persekolahan tahun ini dibuka.
Bantuan beg sekolah oleh THBM ini adalah acara tahunan yang dilaksanakan sejak sekian lama dan juga acara pertama kepada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare bagi tahun 2026.
THBM berharap sumbangan beg sekolah tersebut sedikit sebanyak akan meringankan beban kepada para ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan buat anak-anak.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ˆ๐’ ๐“๐‡๐ ๐Œ๐š๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ง๐š๐ง๐œ๐ž ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐.

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan MIS pada 23 Disember 2025, Selasa minggu lalu telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare dengan memilih golongan asnaf sekitar Kampung Padang Perasak dan Kampung Bagan, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
Pelbagai kategori golongan asnaf telah disantuni dengan sumbangan pek bakul makanan antaranya warga emas dan mereka yang kurang upaya.
Program pada hari ini diketuai oleh Ir. Ts. Rihan Asraf bin Wahab, Pengurus Kanan Jabatan Kejuruteraan, dan turut dihadiri oleh staf daripada kedua-dua jabatan tersebut.
Program seperti ini, selain daripada untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, juga untuk memberi ruang kepada warga kerja THBM mendekati komuniti setempat yang memerlukan.
Program ini adalah antara Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THBM di bawah jenama #THBWeCare
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š-๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐“๐š๐ฉ๐š๐ค ๐Š๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ , ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐’๐ž๐ง๐š ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐ง

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Alor Setar pada hari ini 22 November 2025, Sabtu telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak kubur besar di Kampung Tualang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Kerja-kerja pembersihan ini merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
Manakala, kubur tersebut akan menempatkan jenazah migran yang terlibat dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi pada 8 November 2025 yang lalu.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐’๐ข๐ง๐ž๐ซ๐ ๐ข ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐š๐ข ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‘๐š๐ฒ๐š

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Pejabat Kawasan Kulim-Perai dan Balik Pulau pada hari ini 22 November 2025, Sabtu telah menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Sinergi Komuniti Seberang Perai Selatan bersama PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya bertempat di Masjid Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
YBhg. Datin Seri Rosmawati binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya turut hadir bersama ahlinya, yang turut disertai oleh warga kerja wanita THBM daripada kedua-dua lokaliti berkenaan.
Di antara pengisian utama program ini ialah Misi Hijau : Menanam Paya Bakau bersama Penang Inshore Fisherman Welfare Association (PIFWA) di kawasan hutan paya bakau Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sungai Acheh, Nibong Tebal
Program penanaman pokok paya bakau ini adalah merupakan usaha kecil PUSPANITA dan THBM dalam memastikan khazanah alam terutama ekologi dan habitat hutan paya bakau yang terletak di persisir garis pantai Seberang Perai Selatan ini, terus kekal terpelihara untuk kepentingan generasi yang akan datang.
Program berakhir dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Prihatin Masjid untuk Masjid Sungai Chenaam, yang turut merupakan satu kerjasama strategik PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya dan THB Maintenance Sdn. Bhd.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya diketuai oleh YBhg. Datin Seri Rosmawati binti Hassan, serta seluruh delegasi kerana sudi menjemput kami sebagai Rakan Strategik untuk menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐“๐‡๐๐Œ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ข

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani pada hari ini 17 Ogos 2025, Ahad telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare dengan memilih golongan asnaf di Ambangan Heights, Sungai Lalang, Kedah Darul Aman untuk disantuni.
Pelbagai kategori golongan asnaf kejiranan ini telah disantuni dengan sumbangan pek bakul makanan antaranya warga emas, kurang upaya dan golongan keuzuran.
Program telah diketuai oleh Ts. Mohamad Azhar bin Azizan, Eksekutif Teknikal Kanan THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani, bersama warga kerja lain lokaliti ini.
Program seperti ini, selain daripada untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, juga untuk memberi ruang kepada warga kerja THBM mendekati komuniti setempat yang memerlukan.
Program ini adalah antara Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THBM di bawah jenama #THBWeCare
Program ini turut mendapat kerjasama Surau An Nur, Ambangan Heights yang diketuai oleh Pengerusi En. Roslan bin Haji Jusoh.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐“๐‡๐๐Œ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi pada hari ini 12 Julai 2025, Selasa telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare dengan memilih golongan asnaf Pulau Tuba untuk disantuni.
Pelbagai kategori golongan asnaf di pulau ini telah disantuni dengan sumbangan pek bakul makanan antaranya warga emas, kurang upaya serta ibu dan bapa tunggal.
Di akhir program, kunjungan telah dibuat ke Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, bagi menyampaikan sumbangan ‘coffee table book’ untuk Pusat Sumber sekolah.
Penyerahan telah disempurnakan oleh Ts. Muhammad Arif bin Ahmad Zukri, Eksekutif Teknikal THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi kepada En. Razif bin Md Rashid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba.
Program seperti ini, selain daripada untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, juga untuk memberi ruang kepada warga kerja THBM mendekati komuniti setempat yang memerlukan.
Program ini adalah antara Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THBM di bawah jenama #THBWeCare
Program ini turut mendapat kerjasama Ketua Kampung Mukim Tuba dan pengendali perkhidmatan pelancongan tempatan, Best Tuba.
Pulau Tuba adalah salah satu daripada 99 buah pulau di gugusan kepulauan Langkawi, pulau pelancongan antara terbaik di rantau sebelah sini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐š๐œ๐š๐š๐ง ๐˜๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐ง ๐๐š๐ง ๐ƒ๐จ๐š ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐“๐‡๐๐Œ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฆ-๐๐ž๐ซ๐š๐ข

THB Maintenance Sdn. Bhd. Pejabat Kawasan Kulim-Perai pada tengahari ini, 7 Ogos 2025, Khamis telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat.
Majlis pada tengahari ini telah dipimpin oleh para pelajar dari Maahad Tahfiz Darul Ansar, Kulim, Kedah Darul Aman, dan turut dihadiri warga kerja THBM Pejabat Kawasan Kulim, Pejabat Kawasan Sungai Petani dan wakil daripada THBM Ibu Pejabat diketuai Ir. Ts. Hj. Mohd Azmir bin Ismail, Pengurus Kanan Operasi.
Pada akhir majlis, THBM Pejabat Kawasan Kulim-Perai turut menyampaikan sumbangan kepada pengurusan Tahfiz, dan para pelajar yang hadir yang disempurnakan oleh Tc. Ahmad Ekbal bin Mat Abu, Pengurus Negeri THBM Pulau Pinang.
Moga majlis ini beroleh kerahmatan, keberkatan serta dilimpahi kesejahteraan juga keselamatan buat warga kerja THBM Pejabat Kawasan Kulim-Perai khusuanya, dan lokaliti THBM yang lainnya dalam meneruskan peranan sebagai Konsesi Jalan Persekutuan di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž ๐“๐š๐›๐ฅ๐ž ๐๐จ๐จ๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ค๐š๐š๐ง ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง

THB Maintenance Sdn. Bhd. telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare Sumbangan ‘Coffee Table Book’ untuk Perpustakaan Sekolah Kebangsaan.
Melalui program ini, THBM telah menyumbangkan buku ini kepada Sekolah-sekolah Kebangsaan terpilih di setiap daerah yang ada di ketiga-tiga negeri, untuk diletakkan di perpustakaan sekolah masing-masing.
Di antara sekolah terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang telah dibuat penyerahan pada hari ini 7 Ogos 2025, Khamis.
Penyerahan telah disempurnakan oleh Tc. Ahmad Ekbal bin Mat Abu, Pengurus Negeri THBM Pulau Pinang dan diterima oleh Pn. Hasni binti Saman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Penanti mewakili pihak sekolah.
THBM berharap buku yang disumbangkan kepada sekolah ini dan juga semua sekolah lain yang telah menerimanya akan memberi manfaat kepada semua pelajarnya.
Program ini adalah antara Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THBM di bawah jenama #THBWeCare.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐†๐ž๐ซ๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ก๐ข๐ฒ๐š๐ก

YBrs. Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi, Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd., petang ini 31 Julai 2025, Khamis telah bersama hadir ke Majlis Penyerahan Geran Tahunan Yayasan Sultanah Bahiyah.
THBM dan YSB secara umumnya telah lama bekerjasama dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terutama di negeri ini.
Majlis pada petang ini turut dihadiri oleh YMM Cik Puan Besar Kedah, DYTM Raja Puan Besar Perak serta tetamu kehormat lainnya.
THBM ingin menzahirkan penghargaan keatas kesudian Yayasan Sultanah Bahiyah kerana telah menjadikan kami Rakan Strategik dalam melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) demi kesejahteraan mereka yang memerlukan di Negeri Kedah Darul Aman.
Pada masa sama ia menepati nilai kami terutama dalam kerja-kerja kemasyarakatan dengan jenama #THBWeCare.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.
Pautan Media : Faceook

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐”๐๐”๐‘ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐€๐’ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐”๐๐”๐‘ ๐€๐’๐˜๐”๐‘๐€ ๐€๐’ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡
Komitmen THB Maintenance Sdn. Bhd. Terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Pejabat Kawasan Sungai Petani, Kedah telah menyertai Program Bubur Asyura As Salam 1447H pada Sabtu, 19 Julai 2025 atas jemputan daripada Jawatankuasa Surau As Salam.

Program yang berlangsung di perkarangan Surau As Salam, Cinta Sayang Country Homes, Sungai Petani ini diadakan bersempena bulan penuh keberkatan, Muharam. Acara memasak bubur asyura ini bertujuan mengeratkan silaturrahim dan menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan komuniti setempat.

Penyertaan ini merupakan kali kedua buat THB Maintenance Sdn. Bhd. dalam menjayakan program ini. Penglibatan warga kerja THBM dalam membantu penyediaan dan agihan bubur asyura mencerminkan komitmen syarikat terhadap nilai kemanusiaan dan keprihatinan sosial.

Ibu Pejabat THBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja Pejabat Kawasan Sungai Petani atas dedikasi dan semangat sukarelawan yang ditunjukkan.

Penyertaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah kempen #THBWeCare, yang menekankan peranan THBM sebagai entiti korporat yang prihatin terhadap pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti.

THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

Pautan Media : Facebook

๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง ๐“๐‡๐๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”

THB Maintenance Sdn. Bhd. pada Aidiladha 1446H tahun ini, turut mengadakan ibadah korban dengan komuniti tempatan.
Program pertama telah diadakan bersama komuniti desa di Kampung Bukit Batu, Belantik, Sik, Kedah Darul Aman pada 9 Jun 2025, Isnin bersamaan 12 Zulhijjah 1446 H.
Program diteruskan lagi pada hari kedua yang telah diadakan bersama komuniti Jabatan Pelanggan di Jabatan Kerja Raya Daerah Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah Darul Aman pada 10 Jun 2025, Selasa bersamaan 13 Zulhijjah 1446 H.
Daging korban daripada kedua-dua program ini telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Program seperti ini selain mempunyai objektif khusus, malah turut akan mengeratkan hubungan silaturrahim antara THBM dengan pelbagai komuniti yang ada di utara ini.
THBM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran warga kerja dan rakan-rakan daripada kedua-dua komuniti untuk kedua-dua sesi tersebut.
Program seperti ini adalah antara program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah jenama #THBWeCare THB Maintenance Sdn. Bhd.

๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง ๐’๐จ๐ช : ๐“๐‡๐๐Œ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐ข

THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi, dalam meneruskan tradisi yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu, awal pagi tadi telah menyempurnakan program Santun Soq untuk Ramadan 1446H kali ini.
dengan memfokuskan agihan pek bersahur kepada agensi keselamatan tempatan, Team THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi telah berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dan pangkalan Pasukan Polis Marin Langkawi untuk menyerahkan pek bersahur kepada anggota keselamatan yang bertugas pada waktu dinihari.
antara objektif program, selain merapatkan ukhwah antara THBM dengan agensi keselamatan tempatan, juga sebagai tanda penghargaan buat mereka yang bertugas tidak kira waktu dalam memberi pelbagai bentuk perkhidmatan kepada masyarakat.
terima kasih dan tahniah buat Team THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi yang telah mencetuskan idea untuk melaksanakan program ini dan terus komited memastikan ia kekal dilaksanakan termasuk pada Ramadan 1446H, tahun ini.
moga sumbangan kecil tersebut dapat menceriakan para penerima seadanya – Insya Allah
ย 
Pautan media : Facebook

Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani)

BUKIT MERTAJAM , 18 MAC 2025 – Sempena Majlis Iftar Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) Kementerian Kerja Raya Tahun 2025, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hadir menyampaikan Sumbangan Aidilfitri Santuni Madani yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang. Hadir sama ialah YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Kerja Raya.
Terdahulu YBhg. Dato’ Seri KSU bersama isteri turut menziarah ke beberapa rumah penerima yang sakit dan warga emas bagi menyampaikan sumbangan yang sama. Dalam ucapan yang disampaikan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini iaitu di pihak Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, CIDB, Puspanita Cawangan KKR dan syarikat konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd.
Santuni Madani merupakan satu kaedah meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenalpasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung tersebut.
Pautan Media : Facebook
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : Tiktok

๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐๐ซ๐ข๐ก๐š๐ญ๐ข๐ง ๐Ÿ–.๐ŸŽ

THB Maintenance Sdn. Bhd. buat sekian kalinya sekali lagi telah menjadi penyumbang dalam menjayakan program Kami Prihatin 8.0 yang telah diadakan pada 15 Mac 2025, Ahad bersamaan 14 Ramadan 1446H.
Program tahunan anjuran Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang pada tahun ini telah dikelolakan oleh Kampus Bertam, dan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pada program ini, THBM telah menyempurnakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah jenama #THBWeCare, dengan menyumbangkan bakul makanan kepada seratus enam puluh (160) asnaf penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang telah dipilih oleh pihak penganjur dan pihak masjid.
Turut hadir, Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi Pengurus Besar THBM, Prof. Madya. Ts. Dr. Kay Dora Abdul Ghani, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang serta warga kerja THBM Pulau Pinang, UiTM Kampus Bertam. dan UiTM Kampus Permatang Pauh.
Moga sumbangan kecil THBM ini sedikit sebanyak dapat membantu penerima di bulan mulia Ramadan Al Mubarak ini.
ย 
Pautan Media : Facebook
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : Tiktokย 
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : X

๐ˆ๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐“๐‡๐๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡

THB Maintenance Sdn. Bhd., dalam usaha untuk mengimarahkan bulan suci Ramadan pada tahun ini, telah mengadakan program tahunan, Iftar Perdana THBM 1446H pada 13 Mac 2025, Khamis bersamaan 12 Ramadan 1446H.
Program kali ini yang telah memilih gedung ilmu Pusat Pengajian Darul Hadis, telah diatur dengan pelbagai pengisian antaranya Tazkirah Ramadan, Majlis Tahlil dan Doa.
Pada kesempatan sama, THBM turut menyempurnakan Program Tanggungjjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah jenama #THBWeCare, bagi menyantuni pelbagai keperluan Pusat Pengajian ini.
Di antara sumbangan yang telah disampaikan ialah bantuan kewangan untuk pengoperasian serta bantuan keperluan asrama yang merangkumi bahan mentah untuk dapur asrama dan barangan elektrik.
seterusnya, THBM dengan kerjasama Yayasan Restu Wilayah Utara telah turut menyumbangkan set Wakaf Al-Quran kepada Pusat Pengajian ini, untuk dimanfaatkan oleh para pelajarnya.
Para pelajar di sini juga turut disantuni dengan penyerahan Pek Syawal THBM 1446H, yang turut disertakan dengan sumbangan duit raya.
Program ini turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh Kumpulan Syoutul Mustofa, diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah serta jamuan malam dan moreh bagi meraikan semua hadirin.
Turut hadir, Dr. Azmir bin Hasnur Rabian, Ahli Lembaga Pengarah THBM, Tn. Hj. Mohd Fuzi bin Ibrahim, Business Advisor THBM, Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM, En. Shaharuddin bin Abdul Samad, Pengurus Besar THBM KL, Ketua-ketua Jabatan THBM, warga kerja THBM serta ahli keluarga masing-masing.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat seluruh warga Pusat Pengajian Darul Hadis yang diketuai oleh Mudir, Ustaz Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazimi, kerana telah sudi menerima kunjungan THBM untuk disempurnakan program ini.
Pusat Pengajian Darul Hadis terletak di pinggir Bandaraya Alor Setar di Kampung Tok Keling, Mukim Derga merupakan pusat pengajian yang menekankan ulum diniah khususnya penguasaan Al-Quran dan Hadis kepada para pelajarnya.
Program Iftar Perdana THBM 1446H ini pula telah dianjurkan oleh THBM Ibu Pejabat Aras 1 dan THBM Future Leader.
ย 
Pautan Mediaย  di : Youtube
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : Facebook
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : Tiktok
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : X

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‰๐š๐ค๐ž๐ฅ ๐€๐ฅ๐จ๐ซ ๐’๐ž๐ญ๐š๐ซ

27 Februari 2025, Khamis: Team THBM Ibu Pejabat Aras 1 dan Future Leader dengan kerjasama Gedung Tekstil Jakel Alor Setar telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di gedung tekstil terkemuka tersebut.
Pengisian utama program ialah menyantuni seramai enam puluh (60) murid-murid daripada empat buah Sekolah Kebangsaan dengan sumbangan pakaian dan busana raya.
Pengurus Besar THBM, Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi dan Pengurus Urusan Jakel Alor Setar, Tuan Haji Zainul Saad telah hadir untuk menyempurnakan simbolik penyerahan kepada para pelajar.
Turut hadir Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Negeri serta warga kerja THBM lainnya.
Moga sumbangan ini dapat menyerikan hari lebaran penerima nanti.
Pautan mediaย 

Corporate Social Responsibility 2024

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฒ๐š๐ซ ๐™๐š๐ค๐š๐ญ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐™‡๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™œ๐™– ๐™•๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™™๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ช๐™ก ๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ฃ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐š๐ก๐š๐ฆ ๐–๐š๐ค๐š๐Ÿ '๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‡๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐ง'

3 Oktober 2024, Khamis: Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM, menyerahkan replika cek bayaran Zakat Perniagaan 2023 THBM kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah dalam sebuah majlis anjuran LZNK di Petaling Jaya.
Turut berangkat hadir ialah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah.
moga urusan ini diberkati Allah

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ (๐‚๐’๐‘) #๐“๐‡๐๐–๐ž๐‚๐š๐ซ๐ž ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐Œ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฎ, ๐Š๐ฎ๐›๐š๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐ฎ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ฆ๐š๐ง

29 September 2024, Ahad: THBM Ibu Pejabat hari ini telah menyantuni mangsa banjir di Mukim Malau, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.
seramai seratus lima (150) keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir minggu lalu di beberapa kampung dalam mukim ini, telah disantuni oleh warga kerja THBM yang terdiri daripada pelbagai jabatan.
moga sumbangan kecil ini dapat membantu keluarga penerima dalam meringankan sedikit beban mereka pada waktu sukar ini.
ย 

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

ย 
Daerah Timur Laut
FT 220 J. Pekan Air Hitam – Bayan Lepas sek 12.90
Stesen Minyak Petronas Paya Terubong
๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ, ๐—œ๐˜€๐—ป๐—ถ๐—ป, ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
Daerah Seberang Perai Tengah
FT 001 Jalan Butterworth – Ipoh sek 71.00
Stesen Minyak BHP Bukit Tengah
(bersebelahan Jejambat Bukit Tengah)
๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎ, ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด
pengguna FT dijemput hadir

Kami Prihatin 7.0 Cawangan Pulau Pinang

Jom Kacau Bubuq Sora 20 Julai 2024, Jumaat bersamaan 14 Muharam 1446 Hijrah #THBMKedah Pejabat Kawasan Sungai Petani dengan kerjasama Surau As Salam Cinta Sayang Resort Home Sungai Petani, Kedah Darul Aman suasana program – 2 #THBMHQ

https://x.com/THBM_HQ/status/1814282837841051822

ย 

ย 

ย 

Jom Kacau Bubuq Sora

Jom Kacau Bubuq Sora 20 Julai 2024, Jumaat bersamaan 14 Muharam 1446 Hijrah #THBMKedah Pejabat Kawasan Sungai Petani dengan kerjasama Surau As Salam Cinta Sayang Resort Home Sungai Petani, Kedah Darul Aman suasana program – 1
ย 
ย 

Edaran kanji THBM @ FT

Ihyaโ€™ย ย 1445 H edaran kanji THBM @ FTย #THBMKedahย Pejabat Kawasan Kulim 26 Mac 2023, Selasa bersamaan 15 Ramadan 1445 H proses penyediaan di :- Surau Nurul Ehsan Karangan, Kedah Darul Aman

Kami Prihatin 7.0 Cawangan Pulau Pinang

23032024 โ€“ di Permatang Pauh Kami Prihatin 7.0

Cawangan Pulau Pinangย #THBMHQย sebagai Rakan Strategik serah Pakej Kasih buat 100 orang penerima daripada golongan asnaf ini antara pengisian Ihyaโ€™ย 1445 Hย #THBMPenangย #THBWeCare

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM Ibu Pejabat Kontrak Kg Sungai Pial, Tanjung Dawai Kedah Darul Aman

9 Mac 2024, Sabtu: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)ย #THBWeCareย THB Maintenance Sdn Bhd dengan kerjasama Belia 4B Malaysia Cawangan Merbok telah diadakan di Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman.
Di antara pengisian program ialah menyantuni asnaf dengan sumbangan Pakej Kasih kepada dua ratus lima puluh (250) orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal.
Para penerima turut diraikan oleh Pengerusi Keda Properties and Management, Datoโ€™ Shaiful Hazizy Bin Zainol Abidin dalam majlis Kenduri Rakyat
Turut hadir En. Izzat Bin Abdul Rahim, Pengurus Kanan Jabatan Kontrak THB Maintenance mewakili Pengurus Besar THBM, ketua-ketua jabatan dan warga kerja THBM Ibu Pejabat Jabatan Kontrak.
Moga sumbangan daripada THBM ini dapat membantu sedikit sebanyak penerima pada Ramadan ini.

Kempen Derma Darah Siri 1/2024

ย 7 Mac 2024, Khamis: Terima kasih kepada seluruh warga THB Maintenance Sdn. Bhd dan orang awam yang telah hadir untuk menderma darah.
Secara umum statistik adalah seperti berikut :-
๐Ÿ”ธย 29 orang mendaftar
๐Ÿ”ธย 19 orang dibenarkan menderma
Baki terpaksa ditolak atas faktor-faktor tertentu.
Pusat Darah Negara (PDN) akan kembali semula ke THBM pada masa akan datang.
Ketahuilah, 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa mereka yang memerlukan.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM Pejabat Kawasan Alor Setar Kampung Parit Buaya, Mukim Gunung, Kota Setar, Kedah, Darul Aman

ย 7 Mac 2024, Khamis: THBM Kedah Pejabat Kawasan Alor Setar telah menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Parit Buaya, Kota Setar, Kedah pagi tadi.
Seramai dua puluh lima (25) keluarga asnaf terpilih telah disantuni dengan sumbangan Pakej Kasih THBM.
Turut hadir Encik Mohd Shukri bin Mohd Tahir, Pengurus Negeri THBM Kedah dan warga kerja THBM Kedah Pejabat Kawasan Alor Setar.
Moga sumbangan kecil THBM ini dapat memberi manfaat kepada mereka sebagai persiapan menjelang Ramadan.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare Jalinan Kasih Ramadan bersama Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Baling

ย 4 Mac 2024, Isnin: THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Cawangan Baling telah menjalankan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kampung Teluk Durian, Baling.
Di antara pengisian program ialah menyantuni asnaf daripada kalangan penduduk tempatan dengan sumbangan Pakej Kasih berbentuk 200 pek beras 5.0 kg, bagi membantu persiapan menjelang Ramadan yang bakal tiba.
Turut hadir Ts. Mohd Azmir bin Ismail, Pengurus Kanan Operasi mewakili Pengurus Besar THBM, ketua-ketua jabatan dan warga kerja daripada THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani.
Program ini telah dihadiri lebih dua ribu orang Sahabat AIM Cawangan Baling.
Moga sumbangan kecil THBM ini dapat meringankan beban mereka menjelang Ramadan yang bakal menjelma.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup Chuping, Perlis

ย 24 Februari 2024, Sabtu: THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)ย #THBWeCareย telah menyantuni dua puluh lima (25) keluarga asnaf yang ditempatkan di Taman Desa Asnaf, Batu Bertangkup, Chuping, Perlis.
Turut hadir Ts. Mohd Azmir Bin Ismail, Pengurus Kanan Operasi THBM, En. Mohd Rahman Bin Nor Pengurus Negeri THBM Perlis, serta warga kerja THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar.
Moga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.
ย 

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THBM Ibu Pejabat Jabatan Akaun dan Jabatan Sumber Manusia Masjid Al Busyra, Merbok, Kedah Darul Aman

ย 14 Februari 2024, Rabu: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) THB Maintenance Sdn Bhd telah diadakan dengan kerjasama
Di antara pengisian program ialah menyantuni penduduk tempatan dengan sumbangan Pakej Kasih kepada lima puluh (50) penerima, sumbangan tunai untuk penerima uzur dan (3) penerima yang mempunyai sakit kronik serta Tabung Masjid.
Rombongan THBM dan para penerima turut diraikan oleh figura pempengaruh tidak asing dari masjid tular ini iaitu YBhg Ustaz Mohd Firdaus bin Mat Akhir atau lebih dikenali sebagai Firdaus Firabi.
Turut hadir Ts. Mohd Azmir bin Ismail, Pengurus Kanan Operasi mewakili Pengurus Besar THBM, Ketua-ketua Jabatan, warga kerja daripada THBM Ibu Pejabat Aras 1 dan THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani.
Moga sumbangan kecil serta santunan mesra tersebut sedikit dapat memberi manfaat kepada penerima.
ย 

Coffee Break Jalan Persekutuan Tahun Baharu Cina 2024 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

ย 12 Februari 2024, Isnin: Program Coffee Break Jalan Persekutuan Sungai Petani sempena Tahun Baharu Cina 2024 telah diadakan di Stesen Minyak Petron Sungai Lalang,
Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Program ini telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Kuala Muda, En. Mohamad Azmi bin Yaakob dan Pengurus Besar THBM, Ts.ย Mohd Firdaus Ahmad Termizi.
Turut hadir Pengurus Operasi Kanan THBM, warga kerja JKR Kuala Muda dan THBM Pejabat Kawasan Sungai Petani.
Pengguna Laluan Persekutuan yang singgah telah disantuni dengan minuman panas, buah limau serta pek cenderahati khas bagi meraikan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing sempena perayaan ini.

Coffee Break Jalan Persekutuan Tahun Baharu Cina 2024 Pulau Pinang

ย 8 Februari 2024, Khamis: Program Coffee Break Jalan Persekutuan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina 2024 telah diadakan di Stesen Minyak Petronas Jalan Datoโ€™ Ismail Hashim, Bayan Lepas Pulau Pinang.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang.
Turut hadir, Jurutera Awam Penguasa Jalan, Jurutera Daerah JKR Barat Daya, Pengurus Operasi Kanan THBM, warga kerja JKR Pulau Pinang dan THBM Pulau Pinang.
Pengguna Laluan Persekutuan yang singgah telah disantuni dengan minuman panas, buah limau serta pek cenderahati khas bagi meraikan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing sempena perayaan ini.
๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’–๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’– ๐‘ช๐’Š๐’๐’‚
๐‘ฎ๐’๐’๐’ˆ ๐‘ฟ๐’Š ๐‘ญ๐’‚ ๐‘ช๐’‚๐’Š
ย 

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi

ย Team THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi telah sempurna mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare mereka yang pertama untuk 2024.

berpusat di sekitar Penarak, Kuah program ini memberi tumpuan kepada penerima daripada kalangan mereka yang sukar terdiri daripada warga emas, serta mereka yang bekerja tidak formal terutamanya nelayan persisir.

seramai dua puluh lima (25) keluarga telah disantuni di pelbagai ceruk Penarak ini, dengan sumbangan Pakej Kasih THBM.

ย 

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) GM Office dan Pejabat Pentadbiran THBM HQ dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Alor Setar

ย Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

#THBWeCare
GM Office dan Pejabat Pentadbiran
THBM HQ dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Cawangan Alor Setar

Kg Kubang Belantik, Sik

sesi bergambar usai majlis penyampaian sumbangan kepada penerima terdiri daripada :-
โ€“ caruman ke akaun I-Saraan KWSP (100 pencarum pekerja bukan formal)
โ€“ โ pek Pakej Kasih (50 penerima)
โ€“ โ kerusi roda (2 penerima)
โ€“ โ kertas A4 untuk sekolah (50 rim)
โ€“ โ pakaian pre-love

moga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penerima โ€“ Insya Allah

Ride Amal 7.0 KKR Jejak Pahlawan Kemerdekaan

 28 Oktober 2023, Sabtu: Surau Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 28 โ€“ 29 Oktober 2023, Sabtu โ€“ Ahad yang lalu telah menganjurkan Ride Amal 7.0 KKR.
Jelajah melalui Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Negeri Pahang Darul Makmur tersebut telah singgah di beberapa lokasi ikonik sepanjang laluan.
Jelajah ini telah diketuai oleh YBhg. Datoโ€™ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya.
Turut bersama mengikuti jelajah ialah Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi, Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd., yang turut sama menyerahkan sumbangan THBM kepada Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyah, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Moga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.

Jalinan Kasih Komuniti THBM - UiTM Masjid Al-Rashidin Nibong Tebal, Pulau Pinang

ย 7 Oktober 2023, Sabtu: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama THBM Pulau Pinang dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah diadakan di Masjid Al-Rashidin, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Program ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu sumbangan Pakej Kasih kepada lima puluh (50) keluarga dan kerusi roda kepada tiga (3) orang penerima serta aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran masjid.
Pengurus Kanan Operasi THBM, Ts. Mohd Azmir bin Ismail, mewakili Pengurus Besar THBM telah menyampaikan sumbangan Pakej Kasih tersebut kepada para penerima.
Turut hadir Pengurus Negeri THBM Pulau Pinang, Tc. Ahmad Ekbal bin Mat Abu, staf THBM Pulau Pinang, Pejabat Kawasan Kulim-Perai dan Balik Pulau serta pensyarah dan para pelajar daripada Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Moga sumbangan THBM ini dapat membantu para penerima yang terdiri daripada golongan asnaf yang telah dipilih oleh pihak masjid, dan aktiviti gotong royong diharap dapat menceriakan persekitaran masjid sewajarnya.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Wakalah Agihan Balik Zakat bersama Syarikat Korporat

ย 14 September 2023, Khamis bersamaan 28 Safar 1445 H: Bertempat di Menara Zakat Alor Setar, THB Maintenance Sdn. Bhd. telah selamat menyempurnakan penyerahan Zakat Perniagaan bagi Tahun Kewangan 2022.
Tn. Hj. Mohd Fuzi bin Ibrahim, Business Advisor, telah mewakili THBM dalam menyerahkan replika cek bayaran Zakat Perniagaan 2022 kepada Mufti Negeri Kedah Darul Aman Sahibus Samahah Datoโ€™ Paduka Syeikh Haji Fadzil bin Haji Awang.
Diharapkan dengan penyerahan Zakat Perniagaan ini akan beroleh keredhaan Allah dan dapat memberi manfaat kepada golongan Asnaf di negeri Kedah.

Pakej Kasih THBM 2023

ย 26 Julai 2023, Rabu: THB Maintenance Sdn. Bhd. Pejabat Kawasan Langkawi melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ย telah menyantuni keluarga asnaf yang memerlukan di sekitar Kampung Sungai Menghulu, Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman.
ย 
Melalui program yang merupakan antara DNA THBM sejak sekian lama ini telah menyantuni seramai dua puluh lima (25) orang keluarga di perkampungan tersebut.
ย 
Turut hadir Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Ts. Mohd Tarmizi bin Che Othman dan staf THBM Pejabat Kawasan Langkawi.
ย 
Moga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.

Ihya' Ramadan 1444H THBI Santuni Anak Asnaf

ย 5 April 2023, Rabu: Bertempat di pusat beli-belah Alor Setar, warga THBM Ibu Pejabat telah menyantuni seramai 50 (orang) anak-anak asnaf untuk Program โ€œAidilfitri Shopping Spreeโ€ pada tahun ini.
ย 
Program ini menyasarkan anak-anak asnaf daripada beberapa sekolah rendah terpilih sekitar daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan daripada pelbagai latar belakang dengan membawa mereka membeli kelengkapan dan pakaian sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
ย 
Semoga pemberian ini sedikit sebanyak dapat memberi keriangan buat anak-anak asnaf ini semasa Aidilfitri kelak.

Ihya' Ramadan 1444H Team THBM Pejabat Kawasan Langkawi Santu Sahur Barisan Hadapan Langkawi

ย 5 April 2023, Rabu: Team THBM Pejabat Kawasan Langkawi telah mengadakan program ulung kalinya di THBM iaitu menyantuni pasukan Barisan Hadapan Langkawi antaranya ialah:
1. Jeti Pasukan Gerakan Marin Wilayah Langkawi, Bukit Malut.
2. Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah Langkawi, Kuah
3. Hospital Sultanah Maliha, Unit Kecemasan
4. Balai Polis Trafik Daerah Langkawi.
Team THBM Pejabat Kawasan Langkawi telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Pasukan iaitu DSP Sri Vikneswaran dan telah diberi peluang untuk melakukan tinjauan di dalam bot peronda di Jeti Pasukan Gerakan Marin Wilayah Langkawi, Bukit Malut.
ย 
Semoga pemberian ini sedikit sebanyak dapat menceriakan Pasukan Barisan Hadapan Langkawi tersebut pada bulan yang penuh barakah ini.

Kempen Derma Darah Pra Ramadhan 1444H

20 Mac 2023, Isnin: Terima kasih kepada seluruh warga THB Maintenance Sdn. Bhd dan beberapa orang awam yang telah hadir untuk menderma darah.
ย 
Secara umum statistik adalah seperti berikut :-
๐Ÿ”ธย 28 orang telah mendaftar
๐Ÿ”ธย 17 orang telah dibenarkan menderma
Baki terpaksa ditolak atas faktor-faktor tertentu.
ย 
Pihak Pusat Darah Negara (PDN) akan kembali semula ke THBM pada masa akan datang.
Ketahuilah, 1 beg darah mampu selamatkan 3 nyawa mereka yang memerlukan.

Pakej Kasih THBM 2023

6 Januari 2023, Jumaat: THB Maintenance Sdn. Bhd. telah menyerahkan set Pakej Kasih THBM 2023 menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada keluarga asnaf yang memerlukan di sekitar Sungai Pinang, Pulau Pinang.
Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh staf dari THBM Pejabat Kawasan Balik Pulau.
ย 
Semoga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.
ย 

Pakej Kasih THBM 2022

28 Disember 2022, Rabu: THB Maintenance Sdn. Bhd. telah menyerahkan set Pakej Kasih THBM 2022 menerusi programย Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada dua puluh (20) keluarga asnaf memerlukan di sekitar Kampung Sungai Menghulu dan Kampung Kilim, Pulau Langkawi Kedah.
Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh staf dari THBM Pejabat Kawasan Langkawi.
ย 
Semoga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.

PAKEJ KASIH THBM 2022

23 Disember 2022, Jumaat: THB Maintenance Sdn. Bhd. telah menyerahkan set Pakej Kasih THBM 2022 menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) buat asnaf memerlukan di kariah Masjid Al-Majidi, Sungai Petani, Kedah.

Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh staf dari Pejabat Kawasan Sungai Petani.

Semoga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.

PROGRAM KAYUHAN SANTAI BERSAMA JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERLIS

16 Disember 2022, Jumaat: Program Kayuhan Santai bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, telah menyantuni asnaf di sekitar Masjid Al-Rahman Simpang Sanglang, Perlis.

Turut hadir Exco Kemudahan dan Prasarana YB Izizam bin Ibrahim, diiringin Pengarah JKR Negeri Perlis, Tn Ir Mohd Shahril bin Mohd Said beserta Pengurus Jabatan Operasi THBM, Ts. Mohd Azmir bin Ismail dan En. Mohd Rahman Nor Pengurus Operasi Negeri Perlis THBM, mewakili Pengurus Besar THB Maintenance Sdn Bhd.

Semoga sumbangan serta santunan ramah mesra ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka sewajarnya.

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA SYARIKAT KORPORAT

7 September 2022, Rabu: Bertempat di Menara Zakat Alor Setar telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama Syarikat Korporat.

Pengurus Besar, THB Maintenance Sdn Bhd., Tuan Mohd Firdaus Ahmad Termizi telah menyerahkan replika cek bayaran Zakat Perniagaan 2021 THBM kepada Mufti Negeri Kedah Darul Aman SS Datoโ€™ Paduka Hj Fadzil Hj Awang.

Diharapkan dengan Zakat Perniagaan tersebut dapat membantu dan memberi manfaat kepada golongan Asnaf di negeri Kedah.

KERJA-KERJA NAIKTARAF DATARAN KEJAT BALAI POLIS ALOR JANGGUS

29 Ogos 2022, Isnin: Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh THBM diteruskan lagi dengan menaiktaraf dataran kejat Balai Polis Alor Janggus yang terletak di Laluan Persekutuan FT 007 Jalan Alor Setar โ€“ Kangar sek 9.30.ย 

Program ini bertujuan untuk mengekalkan kelangsungan THBM membantu Barisan Hadapan dan pada masa yang sama menjadikan persekitaran Balai Polis ini lebih selesa untuk dikunjungi oleh para pelanggannya.

JELAJAH ASNAF BERSAMA SYARIKAT KORPORAT

23 Ogos 2022, Selasa: Bertempat di Masjid Al Falah, Sungai Tiang, Pendang telah berlangsung Jelajah Asnaf bersama Syarikat Korporat bersempena Hari Terbuka Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Program ini turut disertai oleh THB Maintenance Sdn Bhd, diketuai sendiri oleh Pengurus Besar Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi bersama syarikat korporat lain.ย 

Turut sama hadir mengiringi Pengurus Besar ialah Ketua Jabatan Komunikasi En. Mohd Tarmizi bin Che Othman dan staf Pejabat Kawasan Alor Setar.ย 

Program bermotorsikal ini telah menyantuni beberapa asnaf pelbagai latar belakang kesukaran, sekitar Masjid Al Falah, Sungai Tiang.

PREPARING FOR YOUR TOMORROW

21 Ogos 2022, Ahad: Pengurus Jabatan Akaun, Pn. Farah Idayu Ahmad Kamal telah mewakili THB Maintenance Sdn Bhd sebagai penceramah untuk program berkonsep Knowledge Sharing yang diadakan di MSU College Sungai Petani semalam.

Program ini adalah salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat THBM kepada komuniti setempat, yang dihadiri para pelajar MSU dalam bidang bisnes, pengurusan dan IT.

Turut sama hadir Pengurus Jabatan MIS THBM, En. Mohd Izaq Firdauz bin Mohd Zubir dan Ketua Komunikasi Korporat THB Maintenance Sdn Bhd, En. Mohd Tarmizi bin Che Othman.

PROGRAM VOLUNTOURISM | OPERASI PEMBERSIHAN BERSEPADU KUALA PERLIS

20 Ogos 2022, Sabtu: Skuad THBWeCare yang diketuai oleh En. Mohd Rahman bin Nor, Pengurus Operasi Negeri Perlis THB Maintenance Sdn. Bhd serta staf THBM Pejabat Kawasan Kangar telah melaksanakan kerja-kerja CSR gotong-royong berkonsepkan plogging yang bertumpu di Laluan Persekutuan FT 194 Jalan Kuala Perlis โ€“ Changlun Seksyen 0.00 โ€“ 0.70, sekitar Terminal Feri Kuala Perlis.ย 

Turut sama hadir Pengurus Jabatan Operasi THBM, Ts. Mohd Azmir Bin Ismail dan Ketua Komunikasi Korporat THB Maintenance Sdn Bhd, En. Mohd Tarmizi bin Che Othman.ย 

Moga usaha ini dapat menambah baik aspek kebersihan dan keindahan di Kuala Perlis.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR BALING | KAMPUNG IBOI

25 Julai 2022, Isnin: Skuad THBWeCare dianggotai kakitangan THBM Ibu pejabat dan Pejabat Kawasan Kulim โ€“ Perai kali ini menyantuni mangsa banjir kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah Darul Aman.

Bagi program kali ini, ia turut disertai oleh kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang diketuai oleh Prof Madya Ir Dr Ahmad Rashidy Razali yang menjalankan tugas-tugas rektor serta wakil Jabatan Bahagian Jalan, JKR Kedah.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR BALING | SMA YAYASAN KHAIRIAH

6 Julai 2022, Rabu: Berikutan kejadian banjir kepala air di beberapa kampung di Baling pada 4 Julai 2022, Isnin yang lalu, skuad THBWeCare telah diaktifkan semula.

Skuad kali ini yang diketuai oleh En. Zulkifli Ahmad, Pengurus Operasi Negeri Pulau Pinang THB Maintenance Sdn. Bhd dan telah disertai staf THBM Pejabat Kawasan Kulim โ€“ Perai dan Balik Pulau telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al-Khairiah, Kupang, Baling, Kedah.

Moga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir.

IHYA' RAMADAN 1443H | MENYANTUNI WARGA EMAS

24 April 2022, Ahad: Pengisian Ihyaโ€™ Ramadan 1443H diteruskan lagi dengan Program Menyantuni Warga Emas di Madrasah Misbah Al Falah, Pondok Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling, Kedah, Darul Aman.

Program ini telah diketuai oleh Pengurus Besar THB Maintenance Sdn Bhd, Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi dengan kolaborasi Lembaga Zakat Negeri Kedah. Turut sama hadir mengiringi Pengurus Besar ialah Ketua Jabatan Akaun, QA dan MIS.

Seramai 25 orang warga emas wanita yang berusia antara 64 hingga 88 tahun telah disantuni dengan sumbangan keperluan beribadah dan duit raya.Kesemua warga emas tersebut telah dipilih oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman berdasarkan latar belakang masing-masing.

Semoga sumbangan serta santunan ramah mesra oleh beberapa staf wanita THBM Ibu Pejabat dan Pejabat Kawasan Sungai Petani tadi sedikit sebanyak mampu menceriakan mereka menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

IHYA' RAMADAN 1443H | PAKEJ KASIH THBM

24 April 2022, Ahad: THB Maintenance Sdn. Bhd. (THBM) telah menyerahkan set Pakej Kasih THBM berbentuk pek makanan serta sumbangan berbentuk tunai menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertempat di daerah Kuala Kedah.ย 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar THBM, Tn. Mohd Firdaus Ahmad Termizi, kepada salah seorang mantan pengawal keselamatan THBM iaitu Encik Saad atau lebih dikenali sebagai Pakcik Saad.

Pakcik Saad merupakan pengawal keselamatan yang bertugas di THBM Ibu Pejabat sejak THBM mula bertapak di Pekan Simpang Kuala pada tahun 2017 yang lalu. Kini, beliau tidak lagi berkhidmat atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.ย 

Turut sama hadir mengiringi Pengurus Besar ialah Ketua Jabatan Akaun, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, dan Ketua Jabatan MIS.ย 

Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada Pakcik Saad sekeluarga menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak.ย 

IHYA' RAMADAN 1443H | MENGECAT 'GHOST ISLAND'

13 April 2022, Rabu: Kakitangan THBM Pejabat Kawasan Langkawi telah melaksanakan kerja-kerja CSR mengecat โ€˜ghost islandโ€™ di lokasi โ€˜blackspotโ€™ yang kerap berlaku kemalangan di persimpangan-Y Laluan Persekutuan FT 157 Jalan Yooi Seksyen 1.10 yang bertemu FT112 Jalan Ulu Melaka di Seksyen 0.50.

Semoga usaha ini dapat menambah baik aspek keselamatan di persimpangan-Y tersebut, seterusnya diharapkan dapat membantu menurunkan statistik kemalangan di situ.

Playlist

13 Videos
Scroll to Top