Gallery

THB WE CARE

58 Videos
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Sumber Manusia pada hari ini 23 Jun 2026, Selasa telah mengadakan kursus Corporate Image Makeovers yang bertempat di salah sebuah hotel di bandaraya ini.
Melalui kursus yang dikendalikan oleh speaker jemputan, Pn. Wawa Idris, daripada Wawa Idris School of Excellence (WISE) ini, ia telah dihadiri oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja terpilih daripada pelbagai jabatan di THBM.
Pelbagai topik berkaitan dengan pengurusan imej yang perlu diambil cakna oleh warga kerja THBM ini, telah disentuh oleh beliau sepanjang kursus yang telah berlangsung selama sehari ini.
THBM berkeyakinan bahawa imej adalah kad perniagaan visual kepada warga kerja sesebuah organisasi yang perlu sentiasa tampil sempurna, demi memberi lebih keyakinan kepada pelanggan dan pelbagai pihak yang berurusan dengan kami sebagai sebuah Konsesi Jalan Persekutuan.
Get Up, Dress Up, Show Up!
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar

Pautan Media : Facebook
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. sekali lagi pada tahun ini telah mengadakan THBM Boling Inter-Lokaliti 2026 yang mempertemukan pasukan mewakili pelbagai lokaliti yang ada di THBM.
Program yang diadakan di sebuah pusat boling terkemuka di Bandaraya Alor Setar ini telah mengumpulkan sebanyak 26 pasukan yang mewakili 10 lokaliti bagi merebut kemenangan dalam pelbagai kategori dipertandingkan.
YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM telah hadir melakukan simbolik perasmian dengan membuat balingan pertama, juga sebagai pemain mewakili lokaliti THBM Ibu Pejabat Aras 1.
Program riadah sebegini yang diadakan sebagai acara tahunan selain memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan minda, ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan warga kerja THBM.
THBM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat semua para pemenang dalam tiga (3) kategori utama yang telah dipertandingkan terutama Johan Jatuhan Pin Tertinggi Berkumpulan yang dimenangi pasukan daripada THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan Media : Facebook

THB Maintenance Sdn. Bhd. atas cetusan idea oleh Pengurus Besar THBM sendiri sejak 2019, telah memperkenalkan Program Pembangunan Staf THBM yang disertai oleh seluruh warga kerjanya yang berhasrat untuk meningkatkan profesionalisma dan kompetensi diri, tanpa mengira pangkat atau jawatan mereka di syarikat ini.
Program ini telah dirangka khusus melalui satu medium yang inklusif, dengan disokong sepenuhnya oleh pihak Pengurusan terutama berkaitan sumber dan kepakaran teknikal, bagi membolehkan staf meningkatkan kemahiran, pengetahuan, serta kompetensi seterusnya memperoleh pengiktirafan berkaitan bidang masing-masing daripada agensi dan badan professional berkaitan.
Melalui program ini, staf THBM telah diberi pengiktirafan profesional antaranya oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), yang telah mengiktiraf seramai empat (4) orang staf sebagai Jurutera Profesional (Ir.). Mereka juga turut diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts.) oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Malah MBOT turut mengiktiraf seramai tujuh belas (17) orang staf juga sebagai Teknologis Profesional bersama dua puluh satu (21) orang staf yang lain sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.).
Pengiktirafan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia turut diperolehi oleh dua (2) orang staf sebagai Pengurus Pengurusan Fasiliti (FMM) dan seorang staf lagi sebagai Pengurus Projek Pembinaan Bertauliah (CCPM).
Beralih kepada bidang bukan teknikal yang turut menyokong kepada pengoperasian harian di THBM, seramai dua (2) orang staf telah diiktiraf sebagai Chartered Accountant (CA) oleh Association of Chartered Accountant (ACCA) Malaysia.
Terdapat juga pengiktirafan kompentesi yang diperolehi oleh staf THBM daripada agensi dan badan pengiktirafan lain antaranya oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan juga National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).
Bagi menyerlahkan bakat muda dalaman sebagai pemimpin masa depan, program THBM Future Leader turut diperkenalkan sejak 2024 dan seramai sepuluh (10) orang staf telah terlibat dengan program ini.
Justeru, bagi meraikan segala pencapaian yang telah diperolehi oleh warga kerja THBM yang terlibat dengan program ini, THBM Staff Appreciation Day 2026 telah diadakan pada hari ini 11 Jun 2026, Khamis bertempat di Puteri Palmera Glass House, Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Barisan Pengurusan Tertinggi THBM diketuai oleh YBrs. Dr. Azmir bin Datuk Seri Ir. Hasnur Rabian, Pengarah Eksekutif, seterusnya YBrs. Tn. Hj. Mohd Fuzi bin Ibrahim, Business Advisor dan YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar telah hadir bagi menyempurnakan penyampaian penghargaan kepada staf yang terlibat dengan segala pencapaian ini.
YBrs. Dr. Azmir dalam ucapannya sebelum itu, turut menyatakan rasa bangga atas pencapaian yang diperolehi dan berharap ia akan memberi impak yang besar, secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjadikan THBM sebagai sebuah syarikat yang terus berdaya saing, dinamik, serta kekal relevan dalam industri pembinaan di negara ini.
THBM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat semua warga kerja yang telah menerima pelbagai penghargaan atas pencapaian masing-masing dalam majlis yang begitu signifikan dan juga bermakna ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan Media : Facebook

ย 
ย 
ย 
YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd. pada pagi ini 21 Mei 2026, Khamis telah mengadakan perjumpaan dengan warga kerja THBM Ibu Pejabat dan THBM Kedah Pejabat Kawasan Alor Setar.
Pada perjumpaan tersebut, beliau telah menitipkan beberapa pesanan dan ingatan untuk diambil perhatian dan tindakan oleh setiap warga kerja THBM, agar prestasi masing-masing sentiasa berada pada tahap terbaik.
Di antara pesanan utama beliau ialah meningkatkan disiplin dan kemahiran diri serta sentiasa efisien dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Ketua-ketua Jabatan THBM telah turut sama hadir dalam perjumpaan ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan Media : Facebook

ย 
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis telah mengadakan Program Kajian Kepuasan Pelanggan, Jalan Persekutuan, Perlis 2026 pada hari ini, 21 April 2026, Selasa.
Program tahunan ini adalah satu proses untuk mendapatkan maklum balas pengguna Jalan Persekutuan terutama berkaitan pengoperasian dan penyenggaraan aset-aset Jalan Persekutuan bagi laluan dan seksyen yang dibuat kajian.
Pada hari ini, responden yang terdiri daripada pengguna Laluan Persekutuan yang singgah berurusan di Stesen Minyak Petron Alor Sena, telah ditemubual secara bersemuka bagi mendapatkan maklum balas mereka berhubung tujuh (7) skop utama kajian ini.
Stesen Minyak Petron Alor Sena terletak di Laluan Persekutuan FT 007 Jalan Kangar – Padang Besar di seksyen 52.30 tidak jauh dari Beseri, Perlis.
Laluan Persekutuan FT 007 yang merentasi negeri ini bermula di seksyen 27.68 yang terletak di sempadan negeri Perlis/Kedah di Kuala Sanglang dan berakhir di seksyen 78.34 tidak jauh dari Kompleks Imigresen dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar.
Manakala, panjang keseluruhan FT 007 di negeri ini adalah sejauh 51.66 km dan 1.70 km merupakan jalan susur di persimpangan bertingkat Padang Besar.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKR Negeri Perlis, Stesen Minyak Petron Alor Sena dan para responden yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan program ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.
Pautan Media : Facebook
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 16 April 2026, Khamis telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri THBM 2026 bertempat di Dima Garden, Kampung Padang Cicar, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
YBrs. Dr. Azmir bin Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain, Pengarah Eksekutif THB Maintenance Sdn. Bhd. dalam ucapannya pada awal majlis telah menyampaikan beberapa pesanan dan amanat untuk dihayati oleh seluruh warga kerja THBM, terutama pada saat geopolitik dunia tidak menentu, yang turut memberi kesan langsung kepada persekitaran ekonomi negara pada ketika ini.
YBhg. Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain bin Ismail, Pengarah Urusan THB Maintenance Sdn. Bhd., barisan Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan dan seluruh warga kerja THBM telah hadir memeriahkan majlis ini.
Majlis turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja THBM, selain menikmati pelbagai juadah hari raya untuk dinikmati bersama.
Program bersifat dalaman ini telah dikelolakan oleh Team Future Leader diketuai oleh Pengarah Program Ts. Mohd Syukri bin Fisol daripada THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf, Zahir dan Batin

Pautan Media :ย Facebook
:
Youtube

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Sumber Manusia pada 29 Mac 2026, Ahad lalu telah menganjurkan Kursus Protokol dan Etiket Sosial bertempat di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Melalui kursus ini, yang memfokuskan warga kerja THBM daripada semua Jabatan dan Lokaliti yang sering terlibat dengan penganjuran dan penyertaan program dalaman dan luaran yang memerlukan kefahaman terhadap protokol dan etiket sosial yang berkaitan.
YBrs. Tuan Sophian Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara telah menjadi moderator kursus ini, dengan perkongsian pelbagai pengalaman beliau tentang protokol dan etiket sosial, sepanjang menjawat tugas di institusi terpenting negara.
THBM berharap melalui kursus sebegini, warga kerjanya akan ditingkatkan kefahaman mereka tentang protokol dan etiket sosial yang merupakan bahasa tidak bertulis yang akan melancarkan urusan seharian samada rasmi atau sebaliknya.
THB Mainenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media :ย Facebook

ALOR SETAR, 2026 โ€“ THB Maintenance Sdn. Bhd. (THBM) sekali lagi meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan THBM Bowling Inter-Lokaliti 2026, sebuah program riadah yang menghimpunkan warga kerja daripada pelbagai lokaliti THBM dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama dan silaturahim.

Program yang berlangsung di sebuah pusat boling terkemuka di Bandaraya Alor Setar ini telah berjaya menghimpunkan 26 pasukan mewakili 10 lokaliti THBM untuk bersaing secara sihat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan. Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dalam sukan boling, malah turut mengukuhkan hubungan antara warga kerja daripada pelbagai bahagian dan lokasi operasi syarikat.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM, yang melakukan simbolik perasmian menerusi balingan pertama kejohanan. Beliau turut mengambil bahagian sebagai pemain yang mewakili THBM Ibu Pejabat Aras 1, sekali gus menunjukkan sokongan terhadap usaha memupuk budaya kerja yang sihat dan seimbang dalam kalangan warga kerja.

Sebagai acara tahunan yang dinanti-nantikan, THBM Bowling Inter-Lokaliti terus menjadi platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup aktif, meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental, serta mempereratkan semangat berpasukan dan kekitaan dalam organisasi.

THBM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang berjaya mencatatkan prestasi cemerlang dalam kategori yang dipertandingkan. Penghargaan khusus diberikan kepada pasukan THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani yang berjaya merangkul gelaran Johan Jatuhan Pin Tertinggi Berkumpulan, sekali gus muncul sebagai pasukan terbaik kejohanan bagi edisi tahun ini.

Semoga program seumpama ini akan terus menjadi wadah yang memperkukuhkan hubungan sesama warga kerja serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam mencapai kecemerlangan organisasi.

Pautan Media : Facebook

THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 16 April 2026, Khamis telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri THBM 2026 bertempat di Dima Garden, Kampung Padang Cicar, Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
YBrs. Dr. Azmir bin Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain, Pengarah Eksekutif THB Maintenance Sdn. Bhd. dalam ucapannya pada awal majlis telah menyampaikan beberapa pesanan dan amanat untuk dihayati oleh seluruh warga kerja THBM, terutama pada saat geopolitik dunia tidak menentu, yang turut memberi kesan langsung kepada persekitaran ekonomi negara pada ketika ini.
YBhg. Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain bin Ismail, Pengarah Urusan THB Maintenance Sdn. Bhd., barisan Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Jabatan dan seluruh warga kerja THBM telah hadir memeriahkan majlis ini.
Majlis turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja THBM, selain menikmati pelbagai juadah hari raya untuk dinikmati bersama.
Program bersifat dalaman ini telah dikelolakan oleh Team Future Leader diketuai oleh Pengarah Program Ts. Mohd Syukri bin Fisol daripada THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf, Zahir dan Batin
Pautan Media : Facebook
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui Jabatan Sumber Manusia pada 29 Mac 2026, Ahad lalu telah menganjurkan Kursus Protokol dan Etiket Sosial bertempat di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Melalui kursus ini, yang memfokuskan warga kerja THBM daripada semua Jabatan dan Lokaliti yang sering terlibat dengan penganjuran dan penyertaan program dalaman dan luaran yang memerlukan kefahaman terhadap protokol dan etiket sosial yang berkaitan.
YBrs. Tuan Sophian Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara telah menjadi moderator kursus ini, dengan perkongsian pelbagai pengalaman beliau tentang protokol dan etiket sosial, sepanjang menjawat tugas di institusi terpenting negara.
THBM berharap melalui kursus sebegini, warga kerjanya akan ditingkatkan kefahaman mereka tentang protokol dan etiket sosial yang merupakan bahasa tidak bertulis yang akan melancarkan urusan seharian samada rasmi atau sebaliknya.
THB Mainenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 26 Februari 2026, Khamis bersamaan 8 Ramadan 1447H telah mengadakan program Iftar Perdana THBM 1447H/2026M bertempat di Akademi Darul Ilmi, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Di antara pengisian ialah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #THBWeCare, menyantuni keperluan para pelajar Akademi Darul Ilmi dengan sumbangan Pek #THBWeCare dan juga duit raya.
Penghuni Pertubuhan Anak Yatim Daerah Kuala Muda yang turut dijemput ke program ini, telah turut disampaikan dengan sumbangan yang sama.
THBM turut menyerahkan Bantuan Asnaf Fisabillillah kepada Akademi Darul Ilmi, serta sumbangan lima (5) buah kerusi roda kepada Pertubuhan Khidmat Ummah, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berkait langsung dengan akademi ini.
YBrs. Dr. Azmir bin Datuk Seri Ir. Hasnur Rabiain, Pengarah Eksekutif THBM dan Pengurusan Tertinggi THBM yang lainnya telah menyempurnakan sesi ini.
Program diteruskan lagi dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pendakwah Terkenal Al-Fadhil Ustaz Mohamad Wadi Anuar bin Ayub, Pengerusi merangkap Pengetua Akademi Darul Ilmi.
Beliau dalam tazkirahnya antara lain mengajak semua hadirin untuk merenung dan meningkatkan kembali amalan masing-masing di bulan Ramadan yang mulia ini.
Majlis diteruskan dengan sesi tahlil dan doa, berbuka, Solat Maghrib dan program diakhiri dengan Solat Isyak dan Terawih berjemaah.
Program pada hari ini yang dihadiri oleh seluruh warga kerja THBM dan ahli keluarga telah dikelolakan oleh THBM Kedah Pejabat Kawasan Sungai Petani.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Darul Ilmi kerana sudi menerima kunjungan Pengurusan dan warga kerja THBM serta Rakan Strategik kami, seterusnya menyempurnakan Iftar Perdana THBM 1447H/2026M ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan : Tiktok
ย  ย  ย  ย  ย  ย  ย  : Facebook

THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi pada 2 Februari 2026, Isnin telah melaksanakan operasi Flying Squad membersihkan Laluan Persekutuan di daerah ini.
Team kali ini telah memilih Laluan Persekutuan FT 165 Jalan Putra 3 di seksyen 0.00 – 0.70 yang terletak di Kuah sebagai lokasi untuk kerja-kerja tersebut dilaksanakan dengan memfokuskan kepada kerja-kerja membersihkan tumbuhan pada permukaan tepi pavemen (vege on pave) dan mencantas pokok sekitar Jambatan Kuah.
Laluan Persekutuan yang dilaksanakan operasi ini merupakan laluan utama memasuki pulau pelancongan ini dari Terminal Feri Antarabangsa Kuah.
YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi turut hadir ke program ini bersama pasukannya daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.
Pautan Media : Facebook
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi bersama Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi pada hari ini 2 Februari 2026, Isnin telah melaksanakan Program Gotong Royong Pengindahan Jambatan Ulu Melaka, Langkawi, Kedah Darul Aman.
Program pada hari ini memfokuskan kepada kerja-kerja mengecat semula struktur parapet dan railing Jambatan Ulu Melaka yang terletak di Laluan Persekutuan FT 112 Jalan Kampung Yooi ke Padang Lalang, seksyen 3.50, tidak jauh dari Sekolah Kehangsaan Ulu Melaka.
Melalui program ini, diharapkan jambatan ini yang merupakan antara aset terpenting laluan ini akan ditambah baik elemen penampilannya, selanjutnya turut menjadi penyumbang kepada keindahan dan kecantikan persekitaran.
YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi dan Ts. Mohd Shukri bin Mohd Tahir, Pengurus Negeri THBM Kedah turut hadir mengetuai kehadiran pasukan masing-masing untuk menyempurnakan program gotong-royong ini.
THBM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.
Pautan Media : Facebook
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Kulim dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim/Bandar Baharu pada hari ini, 21 Januari 2026, Rabu telah mengadakan Program Kajian Kepuasan Pelanggan, Jalan Persekutuan, Kedah 2026 : Kulim/Bandar Baharu.
Program tahunan ini adalah satu proses untuk mendapatkan maklum balas pengguna Jalan Persekutuan terutama berkaitan pengoperasian dan penyenggaraan aset-aset Jalan Persekutuan bagi laluan dan seksyen yang dibuat kajian.
Pada hari ini, responden yang terdiri daripada pengguna Laluan Persekutuan yang singgah berurusan di Stesen Minyak Petronas Kulim Square, telah ditemubual secara bersemuka bagi mendapatkan maklum balas mereka berhubung tujuh (7) skop utama kajian ini.
Stesen Minyak Petronas Kulim Square terletak di Laluan Persekutuan FT 136 Jalan Bandar Baharu – Kulim – Kuala Ketil di seksyen 51.40, Kulim, Kedah Darul Aman.
Manakala, Laluan Persekutuan FT 136 ini pula sepanjang 89.55 km dengan 79.30 km daripadanya terletak di daerah Kulim dan Bandar Baharu, manakala bakinya di daerah Baling.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, Stesen Minyak Petronas Kulim Square dan para responden yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan program ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.

Ibu Pejabat Alor Setar.

Pautan Media

THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 5 Januari 2026, Isnin telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 2026 sebagai simbolik kepada titik permulaan perjalanan tahun operasi 2026.
Di antara pengisian yang telah mengisi program separuh hari ini ialah Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh YBrs. Ustaz Mohd Hamdi Farhan bin Mohd Subhi dan Tazkirah Khas ‘Keberkatan Dalam Pekerjaan’, yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Ahmad Dandrawi bin Kamaruddin, keduanya daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Melalui Tazkirah tersebut, YBrs. Ustaz Ahmad Dandrawi antaranya berkongsi panduan buat warga kerjanya untuk sentiasa menjaga solat, menjaga hubungan, menunaikan zakat pada ketikanya serta meningkatkan amalan sedekah jariah.
Program diteruskan lagi dengan sesi Amanat Tahun Baru 2026 oleh YBrs. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM.
Beliau dalam amanatnya antara lain menitipkan pesanan dan ingatan serta menggariskan halatuju yang perlu diambil cakna untuk dilaksana warga kerja THBM sepanjang tahun 2026 ini.
Program diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Amalan 5S Di Tempat Kerja 2025.
Ketua-ketua Jabatan, warga kerja THBM Ibu Pejabat serta wakil-wakil lokaliti turut hadir ke program anjuran THBM Ibu Pejabat Aras 1 ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 17 Disember 2025, Rabu telah menerima penghargaan atas komitmen, kerjasama strategik dan penglibatan aktif dalam menyokong pelaksanaan program MyJalan Kementerian Kerja Raya.
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyempurnakan penyampaian penghargaan tersebut yang diterima oleh Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM dalam Malam Penghargaan Media dan Anugerah Pembinaan CiDB yang diadakan di Kuala Lumpur.
YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Ir. Hj. Yusof bin Hj. Abd Wahab, Pengerusi CIDB, YBhg. Dato’ Sri Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBrs Pn. Zainora Zainal, Ketua Eksekutif CIDB turut hadir dalam majlis ini.
Melalui penghargaan ini, THBM akan terus memberi komitmen untuk terus menyokong segala program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya khususnya, dan Kerajaan amnya yang melibatkan penyelenggaraan Jalan Persekutuan, terutamanya di Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
THB Maintenance Sdn. Bhd. juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan media yang telah memenangi pelbagai kategori anugerah dalam majlis yang sama serta ucapan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya atas penghargaan yang cukup bermakna ini.
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Pautan Media : Facebook
THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 5 Jun 2025, Khamis telah menyempurnakan Majlis Tawaran Cabutan Kerja Undi Perlis – Kedah – Pulau Pinang 2025.
Majlis ini adalah di bawah Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor G1-G4 Bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2025 : Zon Utara : Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Terdapat sebanyak enam puluh (65) kerja terdiri daripada kerja Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen telah dibuat cabutan, yang akan memanfaatkan kontraktor dalam kategori G1 hingga G4 di ketiga-tiga negeri tersebut.
Sesi cabutan telah disempurnakan oleh barisan tetamu jemputan iaitu :-
๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐†๐Ÿ – ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ
En. Saiful Baharin bin Ahmad Jalaludin
Timbalan Pengarah
Pusat Khidmat Kontraktor
Negeri Pulau Pinang
๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐†๐Ÿ – ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 
YBrs. En. Khairudin bin Abdullah
Yang Di Pertua
Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia
Negeri Perlis
๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐†๐Ÿ – ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ
Pn. Hajah Norhayati binti Hashim
Yang Di Pertua
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia
Negeri Perlis
๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐†๐Ÿ – ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 
YBhg. Datuk Mohammad Fauzee Bin Mohamad
Yang Di Pertua
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia
Negeri Kedah Darul Aman
Puan Norzaimi Binti Mad Arif
Timbalan Pengarah
Pusat Khidmat Kontraktor
Negeri Kedah Darul Aman
YBrs. Puan Intan Sharizat binti Muhamad Nasir
Pengarah
Pusat Khidmat Kontraktor
Negeri Perlis
๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐†๐Ÿ‘ – ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ, ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 
YBrs. Tn. Yusrillhaffiz bin Hamzah
Pengarah CIDB
Negeri Perlis
๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐†๐Ÿ’ – ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ, ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 
YBrs. Tn. Muhammad Fariq bin Abdul Hamid
Pengarah CIDB
Negeri Kedah Darul Aman
YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis ini turut disaksikan oleh Ahli Panel Cabutan Undi yang telah dilantik sepertimana tertakluk dalam Terma Rujukan dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya.
Turut hadir YBrs. Dr. Azmir bin Hasnur Rabiain, Ahli Lembaga Pengarah THBM dan YBrs. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM.
Majlis ini turut disiarkan secara penstriman langsung di Platfom Digital THBM YouTube dan TikTok.
THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua kontraktor yang berjaya dalam cabutan ini, yang kelak akan melaksanakan pelbagai kerja naik taraf infrastruktur di Jalan Persekutuan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
ย 
Pautan media :
25022025 – Malam tadi di Alor Setar di Laluan Persekutuan FT 001 Jalan Alor Setar ke Jitra, seksyen 869.52 telah berlangsung gotong royong mengindahkan semula jambatan pemisah dua daerah Kota Setar dan Kubang Pasu
Antara kerja-kerja dilaksanakan adalah mengecat semula bebendul jalan (road kerb) dan membersihkan lorong air (scupper pipe)
Turut hadir Jurutera-jurutera Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar, Pengurus Operasi Kanan THBM dan Pengurus Negeri THBM Kedah serta Team Operasi Pejabat Kawasan Alor Setar
Moga usaha ini akan menceriakan Laluan Persekutuan yang menjadi pemisah dua daerah ini.
23 Februari 2025, Ahad: Petang tadi bertempat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah, Kompleks Kastam Negeri, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, THB Maintenance Sdn. Bhd. telah menerima Anugerah Penyumbang Cukai Perkhidmatan Tertinggi 2024 bagi Negeri Kedah Darul Aman.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM yang telah disampaikan oleh Pn. Wan Marini binti Wan Hamzah, Pengarah Jabatan Kastam Negeri Kedah.
Majlis penyampaian anugerah ini adalah bersempena dengan Karnival Hari Kastam Sedunia 2025, Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.
9 Oktober 2024, Rabu: Taklimat pelaksanaan cukai E-Invois yang diuruskan oleh Jabatan Kontrak dan Jabatan Akaun THBM telah berlangsung pagi tadi di Hotel Raia Alor Setar.
Taklimat disampaikan oleh speaker daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Alor Setar, dan telah dihadiri oleh kontraktor yang melaksanakan kerja rutin dan berkala THBM.
Turut hadir, Pengurus Besar THBM, Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi.
Taklimat ini khusus buat para kontraktor berdaftar kearah pemahaman e-invois yang lebih baik, demi proses pembayaran yang efisien lagi berkesan.
ย 
Seminar Pengurusan Penyengggaraan Kerja Rutin Jalanraya Mengikut Tatacara JKR 11 Ogos 2024, Ahad, 8.00 a.m. – 5.00 p.m. Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang Kedah Darul Aman Pameran Teknikal Team #THBMKedah Pejabat Kawasan Alor Setar
Jom Kacau Bubuq Sora 2 Ogos 2024, Jumaat bersamaan 26 Muharam 1446 Hijrah #THBMPerlis Pejabat Kawasan Kangar
ย 
ย 
01082024 – di Alor Setar Majlis Solat Hajat Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Tazkirah #THBMHQ #THBMKedah Pejabat Kawasan Alor Setar bulan baru dimulai dengan program ini bagi memohon perlindungan, keselamatan, barokah, kebaikan, keharmonian dan kedamaian serta menzahirkan rasa syukur kepada-Nya – Insya Allah. program dikendalikan oleh :- YBrs Ustaz Abdul Rahman bin Md Ali SMK Agama Kedah, Mergong #THBMPerlis #THBMPenang
ย 
ย 
Latihan kecemasan dan kebakaran telah diadakan pagi tadi disertai seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd.
Latihan ini dikelolakan oleh En. Tun Muhammad Nurhaizad, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) THBM.
Tujuan latihan ini adalah untuk menimbulkam rasa cakna seluruh warga dalam berhadapan situasi kecemasan di tempat kerja terutamanya yang melibatkan kebakaran.
ย 
22 April 2024, Isnin: Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah diadakan di Bilik Seminar, THB Maintenance Sdn. Bhd, Ibu Pejabat, Alor Setar.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengurus Besar THB Maintenance Sdn. Bhd. Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi dan turut dihadiri oleh Encik Tun Muhammad Nurhaizad, Setiausaha Jawatankuasa KKP THBM serta Ketua-Ketua Jabatan.
Pengisian mesyuarat adalah berkenaan pengurusan KKP dalam organisasi kearah persekitaran kerja lebih baik.
ย 
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Perlis Pejabat Kawasan Kangar telah mengadakan Iftar Perdana 1445 H/2024 M bertempat di Kompleks JPS Pengkalan Asam, Kangar, Perlis.
Program tahunan ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja THBM.
Business Advisor THBM, Tn. Hj. Mohd Fuzi Bin Ibrahim serta Pengurus Besar THBM, Ts. Mohd Firdaus Ahmad Termizi telah hadir dan turut menyempurnakan penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Tun Dr. Siti Hasmah.
Program dimulai dengan Tazkirah Ramadan oleh penceramah jemputan Ustaz Nasrul Che Ali, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Program telah diakhiri dengan solat Terawih yang diimamkan juga oleh penceramah jemputan.
ย 
ย 
ย 
ย 
Coffee Break Jalan Persekutuan sempena Aidilfitri 1445 H/2024 M ini akan diadakan pada 6 dan 7 April 2024, 8.00 malam hingga 11.00 malam dan pada 15 dan 16 April 2024, 6.00 petang hingga 11.00 malam.
Program ini akan diadakan di beberapa stesyen minyak terpilih di Kedah dan Pulau Pinang.
Pengguna Jalan Persekutuan yang sedang membuat perjalanan bersempena Aidilfitri pada tarikh dan masa tersebut dijemput singgah ke lokasi ini untuk menikmati kopi percuma daripada THBM.
ย 
24032024 โ€“ di Alor Setar Program Biskut Rayaย #THBMHQย kelas khas buat kaum hawa untuk perkasa soft skills memasak mereka dikelola chef jemputan dari :- Kolej Komuniti Bandar Darulaman ini salah satu pengisian :- Ihyaย #Ramadanย 1445 H/2024 M
ย 
ย 
ย 
3 Mac 2024, Ahad: Futsal persahabatan antara THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi dan Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi telah diadakan baru-baru ini bertempat di De Baron Futsal, Kuah, Langkawi.
Perlawanan ini disertai oleh 6 buah pasukan di mana 2 pasukan terdiri daripada pasukan THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi dan baki pasukan terdiri daripada JKR Daerah Langkawi.
Objektif utama penganjuran perlawanan futsal persahabatan ini adalah untuk menterjemahkan dan mengeratkan ukhwah melalui aktiviti sukan riadah antara kedua belah pihak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi kerana telah menjayakan program ini.
ย 

Coffee Break Jalan Persekutuan Tahun Baharu Cina 2024 8 Februari 2024, Khamis bermula 2.00 pm Stesen Minyak Petronas Jalan Datoโ€™ Ismail Hashim Bayan Lepas, Pulau Pinang FT 220 J. Pekan Air Hitam โ€“ Bayan Lepas sek 18.00

ย 

27 November 2023, Isnin : Badminton Persahabatan antara THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi dan Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi telah diadakan baru-baru ini.ย Program ini memfokuskan kepada hasrat menterjemahkan ukhwah melalui sukan riadah dan setiap gandingan regu adalah gabungan pemain kedua belah pihak.Tahniah dan syabas diucapkan kepada THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi kerana telah menjayakan program ini.

Scroll to Top